Posts

Showing posts from January, 2012

Joey

Image
Ok, sekarang ni aku ada pet baru, nama dia joey. keh keh keh, macam mana aku jadikan pet aku? Berbalik pada semalam, masa aku turun ke kedai runcit untuk membeli barang, aku ternampak seekor anjang yang biasa aku tengok bila aku turun kebawah, anjing ni seakan-akan tercari-cari makanan, tengok pun dah tau dia mmg lapar, setelah aku selesai membeli barang, aku tengok anjing tu tengah tercari-cari makanan dalam keadaan kelaparan, macam mana aku boleh tau? Sebab sebelum ni aku tengok or terserempak gan dia mesti dia tengah tidur or tengah main sorang-sorang kat bawah tu, sebelum ni banyak kedai makan cina yang buka kat bawah tu, so ramai yang bagi dia makan, termasuk lah kedai haiwan kat bawah tu. Sempena CYN ni, kan banyak kedai tutup, so tak ada sapa lah bagi makan. Aku pun beli lah roti krim berharga 60 sen. Pastu aku bagi la kat dia, siap bukakan lagi. huhuhu. Mula-mula tu memang aku berdebar-debar, mau tak nya, kang dia gigit aku, sia-sia je kan. Aku letak atas simen dan dia datang

Selamat Tinggal 2011

Image
Sebelum memulakan apa-apa entry, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 pada yang membaca Blog aku mahupun terbuka disebabkan korang nk cari benda lain kat google tu, dan yang membaca secara senyap-senyap. 2011? Ada suka, ada duka, ada so-so dan ada tak ada apa-apa. Biar di ingati, di kenang, di amati, pada tahun 2011 ni banyak duka dari suka. Business/hidup/friendship? Busniess bersama kawan yang aku buat dulu. Malas la nak cerita. Selfish! ko sorang aje nak maju dan sanggup tengok kawan ko ternganga sorang2. dari aku dok ternganga sepanjang hari lebih baik aku tarik diri. Walau bagaimanapun aku seakan nak tutup buku pasal benda tu, tak guna aku membebel sepanjang 444muka surat untuk menerangkannya. Hidup pula, seperti biasa, Alhamdulliah sehat.  Friendship? ah, jangan tanya, ada aku dapat kawan baru, dan paling xbest aku gaduh gan kawan aku disebabkan kawan lain. Ahh.. tak penting pun. Kalau dia rasa dia tu kawan aku, pepandai ler nak contact aku, tak akan semua benda aku