Posts

Showing posts with the label Awan

Beautiful clouds in the sky

Image
Eh awan lagi... Hari tu semasa memandu pulang, aku terpandang ke langit sambil terbeliak mata tengok keadaan langit yang cantik diluputi awan. Dengan warna yang menarik dan pelbagai bentuk yang dapat aku lihat. Setelah parking kereta, terus aku tekan lift ke RT (roof top) atas condo aku. Tanpa berlengah masa aku pun tangkap beberapa keping gambar untuk dimasukkan kedalam blog aku. Bukan senang untuk mendapat lihat keadaan langit yang begitu cantik. Memang jarang sekali. Mungkin lepas ni akan menjadi hobi aku menangkap gambar awan. Di ingatkan kembali, aku bukan menggunakan kamera DSLR dan gambar-gambar yang aku tangkap ini aku hanya crop dan tiada menggunakan photoshop. Gambar dekat atas adalah gambar yang aku paling suka, dan yang penting kalau nak tangkap gambar awan dengan keadaan langit mcm ni memang kena cepat disebabkan setiap minit warna dan bentuk awan akan bertukar. Disertakan juga vid dibawah :) p/s untuk melihat dengan lebih baik, sila klik gambar tersebut. ...

Snap snap semasa memandu

Image
Aku paling suka tengok awan dan langit, lebih-lebih kalau awan dan langit pada masa tu tengah cantik, mesti tangan nak snap awan dan suasana langit. Tah lah, bagi aku ia sesuatu yang sangat cantik, dan paling aku suka bila cahaya matahari itu sudah hampir tiada, cebisan warna langit itu sendiri membuatkan aku geram nak snap. Tebiat untuk mengambil gambar sambil memandu kerap belaku sebab masa memandu tu lah aku dapat spot yang terbaik nak snap. Akan tetapi tebiat ini tidak boleh selalu di amalkan untuk keselamatan ketika memandu. Ada gak tersondol kete depan nanti. Lokasi- lebuhraya duke