2

Wednesday, January 25, 2012

Joey

Ok, sekarang ni aku ada pet baru, nama dia joey. keh keh keh, macam mana aku jadikan pet aku? Berbalik pada semalam, masa aku turun ke kedai runcit untuk membeli barang, aku ternampak seekor anjang yang biasa aku tengok bila aku turun kebawah, anjing ni seakan-akan tercari-cari makanan, tengok pun dah tau dia mmg lapar, setelah aku selesai membeli barang, aku tengok anjing tu tengah tercari-cari makanan dalam keadaan kelaparan, macam mana aku boleh tau? Sebab sebelum ni aku tengok or terserempak gan dia mesti dia tengah tidur or tengah main sorang-sorang kat bawah tu, sebelum ni banyak kedai makan cina yang buka kat bawah tu, so ramai yang bagi dia makan, termasuk lah kedai haiwan kat bawah tu.

Sempena CYN ni, kan banyak kedai tutup, so tak ada sapa lah bagi makan. Aku pun beli lah roti krim berharga 60 sen. Pastu aku bagi la kat dia, siap bukakan lagi. huhuhu. Mula-mula tu memang aku berdebar-debar, mau tak nya, kang dia gigit aku, sia-sia je kan. Aku letak atas simen dan dia datang. Dia tengok aku dulu, pastu dia jilat roti tu, sambil tu dia tengok aku lagi, pastu yang mengejutkan aku, dia baring sambil peluk roti tu dan jilat, Tetiba aku rasa gembira.

Tadi baru aje aku kasi nama untuk dia, aku namakan dia joey. Aku bagi dia makan daging, jangan memain, aku kasi dia makan daging burger king. ahaha.. tak nak kalah.. tu la serba sedikit cerita aku dengan joey...

Joey tengah makan dinner dia

Post Comment

Selamat Tinggal 2011

Sebelum memulakan apa-apa entry, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 pada yang membaca Blog aku mahupun terbuka disebabkan korang nk cari benda lain kat google tu, dan yang membaca secara senyap-senyap.

2011? Ada suka, ada duka, ada so-so dan ada tak ada apa-apa. Biar di ingati, di kenang, di amati, pada tahun 2011 ni banyak duka dari suka. Business/hidup/friendship? Busniess bersama kawan yang aku buat dulu. Malas la nak cerita. Selfish! ko sorang aje nak maju dan sanggup tengok kawan ko ternganga sorang2. dari aku dok ternganga sepanjang hari lebih baik aku tarik diri. Walau bagaimanapun aku seakan nak tutup buku pasal benda tu, tak guna aku membebel sepanjang 444muka surat untuk menerangkannya. Hidup pula, seperti biasa, Alhamdulliah sehat.

 Friendship? ah, jangan tanya, ada aku dapat kawan baru, dan paling xbest aku gaduh gan kawan aku disebabkan kawan lain. Ahh.. tak penting pun. Kalau dia rasa dia tu kawan aku, pepandai ler nak contact aku, tak akan semua benda aku nak buat. Ramai orang yang tak kenali aku mesti kata aku ni suka cari gaduh gan kawan, sampai putus-putus kawan. Bila ditelitikan balik, diaorang tau perangai aku, diaorang tahu apa yang aku suka mahupun tak suka. Tak apa lah, korang mungkin boleh menghakimi aku, tapi ingat, satu hari nanti korang akan kenang diriku ini. Bak kata orang, benda buruk selalu dilihat, tetapi benda baik, sekali pun susah untuk dikenang mahupun berterima kasih.

Berbalik tahun 2010. Kalau masih diingatkan balik. Ada aku cerita dekat FB yang ada kawan lama aku di bangi dahulu. Yang aku maki kaw-kaw sampai cerita aku diletakkan di blog beliau.. ok, kalau aku tersilap kata, aku memohon maaf, tapi sila fikirkan sapa yang mula-mula provoke aku. Kalau dikenang balik, dia tu bukan kawan-kawan biasa. Boleh dikatakan KAWAN BAIK!. Masa aku duduk di Bangi dahulu. Tapi sayang kan. Sekelip mata, bagaikn sekali hembus membuang habuk. Yang penting sebelum gaduh-gaduh tu belaku, aku tak pernah kacau dia, tak penah pun cerita apa-apa tentang diri dia. Sebab aku respect, aku sayangkan friendship yang lama aku buat, sebab tu bagi aku, mungkin masing-masing dah ada haluan sendiri. Tetapi aku frust bila dia provoked aku.

Bila dikenang aku sedih? semestinya aku sedih, bukan setakat sehari dua kawan, bertahun tahun, aku ingat lagi masa tu korang baru aje buat Master. Aku ingat lagi aku teman korang kat Lab sampai tengah malam mahupun pagi, Aku ingat lagi, aku drive kan korang ke Lab semasa korang tiada kenderaan, Aku ingat aku yang drive ke wedding kawan korang yang aku tak kenal pun di Johor, Aku ingat bagaimana aku drive pergi balik ke Melaka untuk korang ambil Sample. ahhh... semua benda tu aku ingat, tak tahu la pulak bagi pihak korang. Mungkin korang ingat. Tak ape kawan. Semua itu aku jadikan kenangan yang tak boleh dibeli di mana-mana. tq.

Dalam masa yang sama, ada beberapa kawan baru yang aku kenal. Ada juga pasang surutnya. ada juga selisih faham. Tapi mungkin masing2 dah matured, kita tolak ketepi benda-benda macam tu. So tak ada la aku di labelkan berkawan, lepas itu tak berkawan. Sesiapa yang membaca ini, amik iktibar, sentiasa pandang diri sendiri sebelum menyalahkan. Mungkin sekarang kamu rasa betul, selepas 2 3 tahun, kamu akan dapati setiap detik-detik persahabatan yang pernah dibina akan menjadi satu kenangan yang korang sendiri akan tersenyum.. :)

Taken by Myself

Post Comment