2

Tuesday, March 20, 2012

Italy oh italy..

Hari jumaat lepas aku menghantar member baikku pergi airport untuk dia pergi ke Bologna Italy atas urusan kerja. Melekat lak nama bologna ni gan aku. Ni semua salah si daus, hari-hari duk cite pasal bologna. Disebabkan aku telah pun mengofferkan diri untuk menghantar dia, so jumaat lepas aku telah menghantar dia ke KLIA. Termasuk lah kawannya juga si ecah. Dalam kereta masing-masing duk borak-borak cite pasal benda ni lah. Tapi boleh nampak mereka nampak "nervous" dalam masa itu excited juga. Eh yang paling excited aku lah. keh keh keh... Tak tau kenapa aku lak yang terlebih excited. ha ha ha.. Setelah parking kat KLIA, amik troli dan aku yang tolak troli tu, tgk... betapa excitednya aku.. :)

Setelah check in dekat mesin dan mengambil boarding pass, terus pergi nak simpan luggage. Berat tul beg diaorang ni. Betul-betul prepare nak duduk bologna selama 7hari. Setelah beratur untuk menyimpan luggage, kitaorang pun nak pergi makan. Yeehaa daus banjer KFC. Harus lah! kawan ko sorang ni excited ok. Tapi aku perasan yang mereka berdua seakan nervous semacam. Ye lah, pertama kali nak pergi jauh yang mengambil masa 13jam di dalam kapal terbang. Setelah selesai makan. Daus dan ecah, bersedia untuk aku antarkan ke pintu berlepas. So dalam masa sama aku tunggu la diaorg juga dekat atas yang kita boleh tengok mereka nak melepasi immigration tu. 





Dah selamat sampai pun mereka, lupa nak cakap yang flight mereka transit di amsterdam dan dari amsterdam akan ke bologna terus. Kereta comel daus berada pada aku selama seminggu, yeehaa.. boleh lenjan kete dia. Dan aku akan mengambil mereka kembali pada hari jumaat, yang penting aku tak tau pukul berapa diaorang akan sampai.. Ha ha ha.. 

Post Comment

Thursday, March 15, 2012

Surprise! Jahat giler korang!

Surprise!! arghhh tidak... aku telah di spray dengan foam dan siap ada glitter2 lagi.. sekali lagi tidakk... diaorg jahat giler. Buat surprise pada birthday aku hari sabtu lepas!. Bermula juga episode baru dalam hidup bahawa aku sudah mencecah angka 3. Macam tak percaya tapi kena percaya gak. Mula-mula aku hanya fikir akan sambut birthday ni biasa-biasa seperti birthday-birthday yang terdahulu. Tapi tak sangka aku kena surprise gan diaorang, sekali lagi JAHAT! sob sob sob. 

Bermula masa aku ingin mengajak kawan-kawan rapatku untuk berkaraoke pada birthday ku, pastu masing-masing buat alasan yang agak munasabah. Sorang nak buat keje sebab dia nak pergi italy minggu ni, sorang nak pergi Terengganu sebab nak jumpa client, sorang lagi ada program dengan retis di syarikat recoding dan sorang lagi perlu aku sebut kat sini ke? so dengan perasaan hampa, keciwa, aku pun menerima alasan mereka dengan hati yang kurang terbuka. Macam la korang tak kenal aku kan. 

Kali ni aku tak mahu cerita detail sangat sebab nanti orang cakap aku buat novel lak, sesaat aje aku masuk bilik karaoke, aku dikejutkan gan laungan SURPRISE HAPPY BIRTHDAY!. dan disembur dengan foam. ala, tak ingat lak aku apa benda tu, alah yang orang pakai untuk berparty tu. Apa perasaan aku masa tu? Marah? ya aku marah!! sebab korang tipu aku kaw-kaw punya dengan pelbagai alasan. Terkejut? harus la aku terkejut beruk. Terharu? ya aku amat terharu sebab adanya korang. Sedih? sedih lah sebab aku memang berpakaian macam orang tak siap ok!. Akan tetapi kalau dikumpulkan segala apa perasaan aku, senang cerita perasaan Gembira yang paling tepat. 

Kitaorang berkaroke sampai hampir pukul 4 pg. Terima kasih bagi seseorang yang mem"plan"kan surprise party ni. Dengar cerita amat susah nak handle sebelum hari tersebut. Dan pada sorang yang tak muncul tu, buat pengetahuan, aku lansung tak berharap dia datang, kalau datang aku gembira, kalau tak datang cukup aje lah wish dekat aku akan tetapi kalau datang dengan sorang lagi tu memang anda cari pasal dengan keharmonian kitaorg. Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi fir, fred, fai dan MFH yang menyambut hari jadi ku ini, dan segala wish yang aku dapat di FB, whatsapp, twitter, sms amat saya hargai. Vice versa! Bagi yang x wish tu memang korang... lalala......

Kek dari Lavender, sedap
Tidak!! jahat giler!
Aik pasal muka mcm menangis? hurm

fai yang kusyuk bernyanyi
Fred dan Firdaus , tu nampak tak tin tu! argh!

Birthday gift dari daus. Leh la aku nyanyi macam kris allen. Hahaha


Post Comment

Tuesday, March 6, 2012

Itik dan Starbucks

Semalam kitaorg pergi makan itik. err itik? itik pangang? ye itik pangang, pergi makan gan fred dan daus. Ya daus yang datang lambat tu. Yang geds dia agak menjadi lately ni. Ampun daus!.. ahahaha. ini kali kedua makan itik. Tempat yang sama. mula-mula ingat nak makan kat tempat lain akan tetapi daus yang geds itu lambat sampai so kedai yang satu lagi dah kehabisan itik. So makan la dekat tempat yang sama iaitu Roast Chicken di TTDI. Yang penting aku tak snap pun makanan yang aku makan. Lupa... excited sangat kot.






Abis aje makan, aku ajak dua ketul ni pergi mengeteh. Akan tetapi daus cakap jom pergi starbucks ttdi yang baru buka. Dia kata nak banjer. Aku gan fred tak paksa dia ek. Dia yang banjer. tq daus!. ok cerita tentang starbucks dekat ttdi. Baru bukak 28 feb ari tu. Semua nampak baru, pekerja pun baru, dan pekerja agak lembab sebab baru masuk keje katanya. Sampaikan air yang aku oder tu pun xbest mcm biasa. Lebih susu dari frap. Malas nk melahar, aku minum aje ler. Ada beberapa keping gambar dekat starbucks baru ni. Bagi starbucks ni macam tempat pakcik-pakcik dan Makcik-makcik. Untung orang muda dan perokok macam aku memang tak sesuai sebab tempat duduk untuk perokok kat luar sikit aje. Diskriminasi! hahaha... larikkk




Post Comment

Dunhill guy kini dalam smartphone

Oh hari tu ada satu function yang aku baru jumpa kat blogger ni. Aku click, tengok-tengok bole jadikan blog aku ni sebagai mobile version untuk hp smartphone. Tah lah, rasa mcm cun lak. Cuma dekat mobile version tak boleh nak komen, layout dia pun ringkas dan senang dibaca. So siapa-siapa yang ada smartphone boleh la singgah membaca. :)



Post Comment

Sunday, March 4, 2012

Repost - Just a Thought


Everybody's afraid of failure.
Everybody's afraid of losing.
Everybody's afraid of uncertainty.

What one failed to realize is that there is no success without failure.
That failure is the first step in the path toward success and there is no single achievement without hardships.

Like an infant who was born weak, unable to lift his head, roll his body let alone using his 4 limbs to support himself, slowly and surely he steadies his head, rolls his trunk and gains strength to pull and support his body, crawls, standing and finally walks.
But not without repetitive falls and bruises his skins. However perseverance pays off in the end.

For an infant who is not afraid of failing,losing his balance and fall, he finally stands, walks and runs.
There is no shortcut to success, there is no gain without pain and certainly no achievement without failure.
All we ought to do is persevere and keep on trying as failure doesn't have to be the end, but the first step towards an infinite glory and success.

By M.F.H

Post Comment

Eh ada kedai baru, nak masuk

Eh ada kedai baru. nak masuk! Tengok aje lah, aku gelak sensorang bila tengok gif ni.


credit to cari.com.my - thread lawak

Post Comment

Saturday, March 3, 2012

Makan terus Insaf!

Minggu lepas aku dapat kembali HTC balik. Seronok sangat sebab hampir 2 minggu ketiadaan smartphone. Pada hari yang sama gak aku terasa insaf. Kenapa insaf? Insaf sebab makan nasi briyani dekat restoran insaf yang terletak berhadapan kamdar jalan TAR tu. Berbalik sebab apa aku insaf? Insaf lah!. Mahal ok. Ni menu yang aku makan untuk dua org.
1- 2 set nasi briyani, ayam goreng dan ayam masak masala.
2- 1 sotong yang panjang dia lebih kurang 8cm
3- 2 air buah

dan jumlahnya ialah RM46!, dah le kedai bau lipas, bos kat situ pun menyombong nak mam***, pas dapat bil, aku menyumpah dalam hati ler. Siap cakap "terus aku insaf makan dekat sini". Dengan ini, aku tak mahu langsung nak "suggest" kedai ni. Sedap lagi makan dekat JM Briyani. So jangan pulak anda terkena lalu insaf sepanjang hari. :)

Insaf terus

Post Comment