Surprise! Jahat giler korang!

Surprise!! arghhh tidak... aku telah di spray dengan foam dan siap ada glitter2 lagi.. sekali lagi tidakk... diaorg jahat giler. Buat surprise pada birthday aku hari sabtu lepas!. Bermula juga episode baru dalam hidup bahawa aku sudah mencecah angka 3. Macam tak percaya tapi kena percaya gak. Mula-mula aku hanya fikir akan sambut birthday ni biasa-biasa seperti birthday-birthday yang terdahulu. Tapi tak sangka aku kena surprise gan diaorang, sekali lagi JAHAT! sob sob sob. 

Bermula masa aku ingin mengajak kawan-kawan rapatku untuk berkaraoke pada birthday ku, pastu masing-masing buat alasan yang agak munasabah. Sorang nak buat keje sebab dia nak pergi italy minggu ni, sorang nak pergi Terengganu sebab nak jumpa client, sorang lagi ada program dengan retis di syarikat recoding dan sorang lagi perlu aku sebut kat sini ke? so dengan perasaan hampa, keciwa, aku pun menerima alasan mereka dengan hati yang kurang terbuka. Macam la korang tak kenal aku kan. 

Kali ni aku tak mahu cerita detail sangat sebab nanti orang cakap aku buat novel lak, sesaat aje aku masuk bilik karaoke, aku dikejutkan gan laungan SURPRISE HAPPY BIRTHDAY!. dan disembur dengan foam. ala, tak ingat lak aku apa benda tu, alah yang orang pakai untuk berparty tu. Apa perasaan aku masa tu? Marah? ya aku marah!! sebab korang tipu aku kaw-kaw punya dengan pelbagai alasan. Terkejut? harus la aku terkejut beruk. Terharu? ya aku amat terharu sebab adanya korang. Sedih? sedih lah sebab aku memang berpakaian macam orang tak siap ok!. Akan tetapi kalau dikumpulkan segala apa perasaan aku, senang cerita perasaan Gembira yang paling tepat. 

Kitaorang berkaroke sampai hampir pukul 4 pg. Terima kasih bagi seseorang yang mem"plan"kan surprise party ni. Dengar cerita amat susah nak handle sebelum hari tersebut. Dan pada sorang yang tak muncul tu, buat pengetahuan, aku lansung tak berharap dia datang, kalau datang aku gembira, kalau tak datang cukup aje lah wish dekat aku akan tetapi kalau datang dengan sorang lagi tu memang anda cari pasal dengan keharmonian kitaorg. Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi fir, fred, fai dan MFH yang menyambut hari jadi ku ini, dan segala wish yang aku dapat di FB, whatsapp, twitter, sms amat saya hargai. Vice versa! Bagi yang x wish tu memang korang... lalala......

Kek dari Lavender, sedap
Tidak!! jahat giler!
Aik pasal muka mcm menangis? hurm

fai yang kusyuk bernyanyi
Fred dan Firdaus , tu nampak tak tin tu! argh!

Birthday gift dari daus. Leh la aku nyanyi macam kris allen. Hahaha


Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie