2

Thursday, April 2, 2015

Seketika di bangi

Dua minggu lepas aku telah membaiki kereta di Bangi. Rabak gak 3k. Ah lupakan pasal baiki-baiki ni. 

Seketia di bangi, setelah selesai urusan membaik pulih kereta, aku singgah sebentar kawasan-kawasan bangi yang penah menjadi tempat berteduh, tempat yang telah menyimpan beribu memori yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. 

Bermula dengan memandu ke kediaman yang penah aku duduk selama 4 tahun lebih. Aku masih ingat di mana seksyen yang aku diami, Ia seksyen 2. Jalan ke sana, tidak berubah, akan tetapi suasana kawasan tu agak lain sedikit. Simpang masuk kerumah aku dulu pun banyak benda yang berubah. Kedai runcit pakcik makcik tua yang selalu aku pergi tu pun dah tak ada. Tah mana tah orang tua tu sekarang ni. Pertama kali aku masuk simpang betul-betul ke rumah aku tu, aku tersenyum sendirian.

Pokok yang sekian lama mereduhkan kereta aku masih disitu. Telefon awam yang berada di tepi jalan masih ada tetapi tak tahu kebolehannya untuk di gunakan. Kedai makan yang selalu mengenyangkan perut ku ketika lapar masih ada. Aku melangkah keluar dari kereta dan menyalakan sebatang rokok sambil melihat kawasan rumah ku dulu. Saling tak berubah sama sekali. Sambil aku menghembuskan asap rokok ku, tetiba aku di sapa seseorang.

Abang kedai makan tu menegurku. Eh ko tunggu sapa? aku toleh dan terus tersenyum. Oi bang, tak kan tak kenal saya kot. Dulu hari hari kebulur pergi makan kedai bang. OH kau rupanya. Mana kau hilang, sejak pindah tak penah pun kau jejak kaki kat sini. Batang hidung lansung hilang. Aku tersengih-sengih. Bang, saya duk jauh tu, tak kan le saya nak datang sini hari hari kut. Masing-masing tergelak sama-sama. 

Aku bertanya, bang orang yang sama ke yang duk sini?, Eh, sama aje. tak banyak berubah pun, cuma dulu kawan serumah kau dulu penah la aku nampak, sekarang tak lagi, tapi rasanya dia beli rumah bawah tu. Jawap abang tu. Aku terus tersenyum. Setelah berborak agak panjang, dia mintak diri tuk pergi sebab nak beli barang mentah untuk kedai dia. Aku nyala sebatang lagi sambil melihat kawasan keliling aku. Senyum ku sendirian. 

Melangkah masuk ke kereta, aku pergi satu lagi tempat. Rumah kawan baik ku si josh duduk dulu, pusing satu round. Wah dah lain kawasan ni. Aku tersenyum keseorang lagi. Sambil teringat dulu selalu lepak gan josh dekat area rumah dia. Dan kejadian paling tidak dapat aku lupa ialah kejadian kereta ziana zain yang tak ada bateri tu. Tak apa, cerita pasal tu aku akan simpan. Tengok la kalau ada masa aku ceritakan. 

Satu perubahan ketara setelah lama tidak datang ke bangi ni, banyak sungguh kedai-kedai naik bagai cendawan. Dan paling ketara jalan raya nya makin sesak. Tak sama sekali 10 tahun lepas. 

Aku pusing-pusing bangi, tengok-tengok kawasan yang selalu aku lepak. Lalu juga depan rumah kawan baik perempuan aku dulu. Jalan-jalan dekat kedai makan yang aku selalu lepak, yang aku biasa makan.

Setelah puas berjalan-jalan di bangi, aku memandu terus ke KL. Yang pasti setiap detik, setiap masa aku di bangi, aku teringat kisah-kisah manis di sana yang pasti akan aku simpan sampai bila-bila dan kisah buruk aku telah lama lupakan. Kepada yang penah rapat dengan aku dahulu, aku pasti kamu juga akan tersenyum seperti ku...... sampai jumpa lagi.

Post Comment