Posts

Showing posts from May, 2011

Kalau di beri rezeki/peluang...

Image
Membanting tulang, kerja bagai nak rak, bertungkus lumus, mungkin setiap daripada kita lakukan tiap-tiap hari untuk mendapat duit kan. Masing-masing mempunyai impian pada diri masing-masing, ada yang nak beli ini, itu. Ada yang nak memuaskan diri sendiri. Tapi kalu diberi peluang untuk memenuhi segala impian, mahu kita akan berlonjak setinggi-tingginya. Bagaimana pula kalu diberi peluang untuk pergi 5 tempat impian anda? Ok.. tapi ada syarat. 5 tempat tersebut dibahagikan pada 5 kategori.  1) Tempat impian anda untuk bersantai di pulau/pantai? 2) Tempat impian anda untuk melihat bandar-bandar? 3) Tempat impian anda untuk menetap seumur hidup anda? 4) Tempat impian anda untuk membeli rumah? 5) Tempat impian anda untuk mengabiskan masa/berbulan madu/saja jalan-jalan cari pasal/ etc? Sila jangan jawap dengan gaya mengarut-ngarut. bole? mari kita lihat tempat-tempat pilihan aku mengikut kategori yang aku telah buat. 1) Tempat impian untuk aku pergi bersantai di pulau mahupun pantai iala

Gym Lagi..

Sedia maklum bahawasanya berat badanku yang sedang gigih aku ingin kurangkan telah memasuki satu frasa yang lain. Sedia maklum juga yang aku ni pernah bergym sakan di Celebrity Fitness tahun lepas. Dan sedia maklumnya bahawasanya aku tidak lagi menjadi ahli Celebrity Fitness.  Setelah hampir setahun lebih telah meninggalkan aktiviti gym, aku telah KEMBALI bergym. Hahaha.. Tapi di gym yang berlainan. Iaitu True Fitness. Kenapa aku bertukar angin.. Tak perlu dibincangkan disini. :P Mana-mana gym semuanya sama. Janji program untuk aku membuang sisa-sisa lemak yang tepu dan bersepah-sepah di badan ku akan terhasil. Dengan ini aku akan kerap bersantai di gym, melompat-lompat, menggayung, berlari, mengangkat berat dan lain-lain di gym. Sambil itu juga, aku telah membeli set dumble baru. Bagi meneruskan aktiviti tersebut dirumah. Wah betul-betul gigih aku nak fit macam dulu, dan mungkin lagi fit daripada dahulu.  Orang yang banyak menghina aku dari dalam, luar, tepi mahupun di udara akan

Macam kanak-kanak..

Image
Pusat sains? penah pergi? sepanjang hidup aku tak penah jejakkan kaki kat sini. Walaupun lalu jalan ni hari-hari aku tetap tidak sempat nk pergi. Dah banyak kali aku membebel nak pergi kat sini. Tapi tiada kesempatan. So apa lagi, hari selasa lepas aku berkesempatan pergi gan kawan aku. Wah seronok gila masa sampai situ. penah nampak tak bangunan ni? So dengan membayar sebanyak RM10 aku dapat masuk!! Murah aje kan? Dalam masa itu juga ada pameran dinosaur so bole la aku menjenguk sekali. Ok la aku malas nak membebel banyak-banyak. Banyak informasi yang kita boleh dapat dekat sini. Kalau rasa-rasa nak menambahkan ilmu didada, kunjungilah pusat sains ini.Di sini aku upload beberapa pic yang aku snap dekat Pusat Sains Negara. Malas tahap gaban ni, so aku postkan gambar-gambar yang di ambil masa kat Pusat Sains Negara. Hari tu ada masalah untuk mengpostkan gambar...

Unifi oh unifi

Image
Gembiranya bila Unifi sudah lengkap dipasang dirumah. Eh ingat senang ke pasang.. dah la masa hari appointment tu dijanjikan pada 2.30 petang. Puas la kemas rumah ( yela xkan nk biarkan bersepah/berhabuk malu la woi) So dengan gigihnya bangun kul 10pg.. pasal bangun lambat? Harus la! 1 mei, hari apa kanak-kanak? Hari pekerja!.. gila TMnet ni buat appointment pada hari tersebut. Diaorang cakap dah tak ada slot sebab ramai yang nk install benda alah ni.  So berdebar-debar la gak menunggu bagai nak rak dari kul 2.30 petang.. Ceh... janji melayu kan.. akhirnya TMnet cakap kontraktor yang diupah telah cancel appointment sebab ada hal kematian.. Eii.. tunggu bagai nak rak la sampai kul 5ptg. Akhirnya diganti gan kontraktor lain yang datang pada kul 630 petang. Bermula la pemasangan tersebut. Dan berakhir pada pukul 10 malam. Bayangkan aku tunggu dari kul 2.30 petang sampai 10 malam baru siap semuanya.. Selepas selesai pemasangan, kui kui apa lagi, gigih la mendownload sana sini. Tidak meng

Lari oi jangan tak lari....

Image
Ini adalah pengakuan dari aku. Aku tidak berjogging hampir 2 minggu... alamak.. macam mana mahu fit ni. Banyak alasan telah aku berikan. Dah la makan jangan cakap. Ada je yang aku nak makan.  Salah satu sebab aku tetiba berhenti berjogging hari tu ialah, kasut jogging ku. Sangat kecil. Sakit kaki ku bila berlari. Setiap kali nak berlari mesti sakit bahagian depan kaki. Ini semuanya sebab nak cantik punya pasal la ni. Hari tu, beli satu kasut jogging yang murah-murah. Pastu tengok saiz yang paling besar ialah 8 US. Aku selalu pakai saiz 9-9.5-10. Disebabkan mahu bergaya untuk berjogging.. (ni jogging ka cuci mata ni).. err aku telah merana.  Tetapi... tetapi tau.. tetapi setelah membeli satu kasut baru yang sesuai dengan kaki aku, aku merasakan sangat selesa. Eh boleh tahan gak bergaya pakai kasut ni. Eh Eh.. kesitu pulak. Keselesaan yang sangat penting bagi aku. Tiada lagi masalah sakit kaki disebabkan salah saiz. Walaupun hari kasi baru aku ni (Adidas Climacool) ni agak... agak... m

Buku oh buku....

Image
Buku oh buku. Kenapa engkau tebal sangat. Arghh.. banyak buku dibeli, dari Dr M sampai ler buku-buku yang senang dibaca. Percaya ataupun tidak, satu buku pun aku xbaca lagi dari hari pembelian. Pemalas nya. Kenapa aku malas sangat ni? Ni mesti mengadap laptop banyak sangat ni. Sampaikan jadi pemalas untuk membaca buku-buku yang dibeli. Semua buku yang dibeli sangat menarik. Berkobar-kobar masa tengok buku tu. Bila dah ada, jadi pemalas.. Tak pe, akan aku mula membaca pada minggu depan. Nak tak nak aku kena baca. Tak boleh nak tangguh-tangguhkan lagi. Kena kurangkan bermain dengan My S (laptop) err... Seperti yang korang ketahui, memang kecuh jugak aku ni kan. Bukan untuk menunjuk, bahkan aku mahu berkongsi apa yang aku ada dengan semua kawan-kawan. Terpulang la korang nak jeles ka, mengata ka, janji aku buat apa yang aku suka. Rasanya ramai yang minat membaca kan. Tak kisah la hendak baca apa pun. Kalau ingin memajukan diri anda dengan bahasa Inggeris, sila lah baca dengan kerap. Tid

BRAVIA KDL40EX520

Image
Uwaaa cantiknya tv ni. Geram tengok. Bila la boleh ada dekat rumah. arghh... sapa-sapa yang dah tengok model ni. Amacam.. best tak... tak perlu 3D dah kot. Sebab sangat WOW.. errr . Spec dia di SINI

My S...

Image
Eh lupa nak bercerita tentang My S.. bukan My ASS yer.. err..err.. ok berbalik pada cerita yang aku nak cerita ni. Ada je benda aku nak membebelkan. Ok macam ni. Aku juga telah memiliki satu benda yang aku Sayang sangat-sangat. Alah.. korang mesti dah tau apa dia. Terkecuh lagi dekat Facebook. Aku yang kecuh ke atau kekawan yang tau telah mengkecuhkan suasana.  Aku telah memiliki sebuah laptop baru. Jenis apa? Jenis Fav aku la. Sony Vaio. Aku panggil My S tu bukan sebab Sony. Ni disebabkan aku punya vaio series. Aku memiliki Sony Vaio S Series High End edition. Akhirnya aku memiliki juga laptop yang sangat menyenangkan aku. Tak kira la nak buat keje ke, nak berfacebook ke, nak main game ka. Kini tiada lagi tersangkut-sangkut bila aku pakai laptop. Mudah, lancar, dan ringan. Eh lupa. aku nyer laptop berwarna hitam. Kalau nak tengok "spec" dia sila g SINI .

HTC Incredible S

Image
Sudah la. Cukup dengan lagu-lagu yang aku dah post.. Sebagai mana dimaklum kan dan dikecuhkan di Facebook, bahawasanya saya telah memiliki Handphone baru, iaitu HTC Incedible S. Sepanjang memakai handphone ini, saya merasa gembira, So rasanya tak perlu lak aku nk "compare" kan dengan mana-mana handphone, Iphone ka, samsung ka, nokia ka, blackberry ka semuanya handphone gak.  Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Dan tak perlu nak melatah bila mengatakan "hangphone ko xda ni, handphone aku tak da ni". Sila jangan jadi budak-budak. Walaupun aku dah membaca beberapa komen mengenai apple ka, android ka, bada ka. Aku peduli apa jikalau manusia-manusia ingin mengatakan android nyer "free application" adalah "crap". Setahu aku, semua free application xda la crap mana pun. Bak kata orang, seperti berkata/bercakap dihadapan cermin. Sila tengok "application apple" gan "application android" yang free. SAMA!!! tett!!.. apa-apa la labu.

The Voice Inside My Heart

Image
Sorry la. Aku sekarang ni mood nk post pasal lagu lak. Lagu ni aku dengar masa "closing credit song" bagi movie John Q. Wah boleh tahan cerita tersebut. Tak pernah aku tengok sehingga la kuar hari tu dekat HBO. Meh kita dengar sama-sama. Selalunya aku menitik beratkan tentang lirik. Selalunya lirik yang sangat baik membuatkan aku teruja. Satu lagi vocal tu mesti la mantap gak kan. So mari dengar sama-sama. Walking underneath The moonless sky I'm alone tonight Every stranger that I pass Is stranger than the last And leave 'em all behind Nothing they say Can turn me away I keep going 'Cause I know you are The voice inside my heart I always hear Reminding me What matters in this life Like an angel I can see your face Right before my eyes Yes, I can almost Read your thoughts And that's what keeps me Breathing and believing You're all right I don't know when I'll see you again But you're with me You'll forever be

To Make You Feel My Love

Image
Semasa duk menggodek-godek lagu-lagu mp3 yang hendak aku download, tetiba aku terdengar satu lagu ni. Tetiba suka pulak dengar. Meh aku kongsi bersama. Lyric mahupun Video nya.  When the rain is blowing in your face And the whole world is on your case I could offer you a warm embrace To make you feel my love When the evening shadows and the stars appear And there is no one there to dry your tears I can hold you for a million years To make you feel my love I know you haven't made your mind up yet But I would never do you wrong I've known it from the moment that we met There's no doubt in my mind where you belong I'd go hungry I'd go black and blue I'd go crawling down the avenue There ain't nothing that I wouldn't do To make you feel my love Ohhh... To make you feel my love The storms are raging on a rolling sea Down on the highway of regret The winds of change are blowing wild and free You ain't see nothing like me yet I co

Mengemaskini Blog.

Image
Sudah hampir sebulan tidak mengemaskini blog. Mungkin ketiadaan internet di rumah yang menyebabkan aku tidak dapat berposting. Tak per.. kini sudah ada... nantikan perlbagai karya penulisan aku yang sekadar bacaan..