Lari oi jangan tak lari....

Ini adalah pengakuan dari aku. Aku tidak berjogging hampir 2 minggu... alamak.. macam mana mahu fit ni. Banyak alasan telah aku berikan. Dah la makan jangan cakap. Ada je yang aku nak makan. 

Salah satu sebab aku tetiba berhenti berjogging hari tu ialah, kasut jogging ku. Sangat kecil. Sakit kaki ku bila berlari. Setiap kali nak berlari mesti sakit bahagian depan kaki. Ini semuanya sebab nak cantik punya pasal la ni. Hari tu, beli satu kasut jogging yang murah-murah. Pastu tengok saiz yang paling besar ialah 8 US. Aku selalu pakai saiz 9-9.5-10. Disebabkan mahu bergaya untuk berjogging.. (ni jogging ka cuci mata ni).. err aku telah merana. 

Tetapi... tetapi tau.. tetapi setelah membeli satu kasut baru yang sesuai dengan kaki aku, aku merasakan sangat selesa. Eh boleh tahan gak bergaya pakai kasut ni. Eh Eh.. kesitu pulak. Keselesaan yang sangat penting bagi aku. Tiada lagi masalah sakit kaki disebabkan salah saiz. Walaupun hari kasi baru aku ni (Adidas Climacool) ni agak... agak... memeningkan kepala gak la bila memikirkan.. walaupun agak mahal.. mahal woi bagi aku. RM369.. Mahu tak makan sebulan. Dengan adanya kasut baru, tiada alasan bagi aku untuk terus mencapai cita-cita untuk menjadi "fit" seperti dahulu. Katakan TIDAK pada? MALAS.....

Comments

  1. jom jogging... hehehe... sure aku kene tinggal ngan ko nnt...

    p/s : penat aku komen semua entry ko tau...

    ReplyDelete
  2. errr.. xda maknanya gua lari laju.. ari tu kebanyakkan hanya berjalan sebab salah saiz.. :( tp nk cuba nnt bila jogging...

    p/s wow terima kaseh sebab komen semua entry.. ehem2....

    ReplyDelete
  3. aku dh komen siang tadi..tp x masuk ke??ermm

    ko wat entry lumsum ke??berderet2 entry baru hehe...

    cuba ceta sikit...cmne ko diet...meh kasi semangat ko kat aku utk selim muahahah

    ReplyDelete
  4. uiks.. xmasuk pun...

    errr lumsum aje.. sebab ari tu internet xda dirumah...

    cara2 diet? diet xreti ler.. tau macam mana nk bagi kita kurangkan berat badan ada ler.. senaman jgn tinggal... sekurang-kurangnya 3 4x seminggu. kalu boleh, g jogging then swimming, tuko2.. sebab kalu buat benda yang sama aje nanti cepat boring.. betul tak.. sila mencuba...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

Leo oh leo