Posts

Showing posts from June, 2012

Cameron Highlands Part 2

Image
Bertemu kembali untuk part 2 Cameron Highlands. Alamak ingat-ingat lupa ok. kejap.. oh lepas aje kitaorang check out dari guesthouse dan sempat la bergambar dihadapan guesthouse kami.  kitaorang nak pergi ke Brinchang, akan tetapi kitaorang singgah dahulu di Strawberry farm yang berdekatan. Ramainya orang. Kitaorang pergi ke satu gerai.. gerai ker? tak tau nak sebut apa. Yang ada jual aiskrem strawberry. Tq to fred yang belanja kami semua aiskrem strawberry. Dan tidak dilupakan tq to ee belanja kitaorang strawberry celup cokelat. Lepas selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Brinchang, berapa kali nk sebut tapi tak sampai-sampai gak.. ok akhirnya kami sampai, dah ler jalan jem. Mulanya ingin pergi ke pasar di brinchang, akan tetapi disebabkan cuaca sangat panas walaupun udara sejuk, dan keadaan jalan yang jem membuatkan kami semua terbantut nak ke pasar tersebut. Di teruskan perjalanan dan akhirnya singgah di satu kawasan yang aku sendiri lupa namanya.. Pusin

Cameron Highlands Part 1

Image
Bersambung kisah aku dan kawan-kawan aku dari sungkai ke cameron highland. Perjalanan dari sungkai ke cameron highlands mengambil masa 2 jam. Masuk dari tapah. Setibanya kami di tanah rata, jalan sangat sesak. Panjang sungguh kesesakkan lalu lintas. Akhirnya pada pukul 5.30ptg kami sampai ke tempat penginapan kami iaitu eight mentigi. Bukan hotel tetapi guest house. Selesai pembahagian bilik seramai 9 orang, kami menempah 3 bilik, 2 bilik yang mempunyai queen bed dan satu bilik mempunyai 2 queen bed dan satu tilam tambahan. Aku duduk sebilik dengan daus, Fred dan shaiful duk sebilik, dan bilik paling riuh dipenuhi oleh fai, ted, muss, ee dan ruzal.  Setelah selesai membersihkan diri. kami ingin pergi ke Brinchang untuk berjalan-jalan. Akan tetapi kesesakkan jalan raya ke Brinchang, niat kami terbantut disitu. Dengan itu kami berpatah balik dan terus bersiap untuk membuat BBQ di luar guesthouse kami.  Menu BBQ kami ialah ayam, daging, sotong, udang, dan jagung. Pembahag

Sungai Klah Hot Spring.

Image
Ok kali ni aku tak mau buat entry yang terlalu panjang. Ia mengenai percutian singkat kami ke Sungai Klah hot spring dan Cameron Highlands. Perancangan telah dilakukan seawal 3 minggu untuk menjadikan segala nya berjalan dengan lancar. Sehinggakan untuk mendapatkan penginapan yang agak susah kerana musim cuti sekolah. Bayangkan kami terpaksa membuat panggilan lebih dari 60 kali untuk mendapatkan tempat penginapan walaupun jarak tarikh masih jauh. Nasib baik dapat.  Perjalanan dimulakan dari selayang dan kelana jaya. Fred dan daus tidur dirumah ku pada malam jumaat. Kami telah bangun seawal pukul 540am untuk sampai ke restoran jenjantas sg buloh untuk mengambil beberapa orang lagi. Akan tetapi fai telah menalifon aku supaya kami pergi kerumahnya kerana keretanya terlalu penuh. So pada awalnya untuk bergerak pada pukul 630, akhirnya kami lewat dan bertolak dari rumah fai pada pukul 740am. Sebelum di lupakan percutian kami melibatkan aku, fred, daus, fai, ted, epul, ee, muss, ruzal.