Cameron Highlands Part 2

Bertemu kembali untuk part 2 Cameron Highlands. Alamak ingat-ingat lupa ok. kejap.. oh lepas aje kitaorang check out dari guesthouse dan sempat la bergambar dihadapan guesthouse kami.




 kitaorang nak pergi ke Brinchang, akan tetapi kitaorang singgah dahulu di Strawberry farm yang berdekatan. Ramainya orang. Kitaorang pergi ke satu gerai.. gerai ker? tak tau nak sebut apa. Yang ada jual aiskrem strawberry. Tq to fred yang belanja kami semua aiskrem strawberry. Dan tidak dilupakan tq to ee belanja kitaorang strawberry celup cokelat.



Lepas selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Brinchang, berapa kali nk sebut tapi tak sampai-sampai gak.. ok akhirnya kami sampai, dah ler jalan jem. Mulanya ingin pergi ke pasar di brinchang, akan tetapi disebabkan cuaca sangat panas walaupun udara sejuk, dan keadaan jalan yang jem membuatkan kami semua terbantut nak ke pasar tersebut. Di teruskan perjalanan dan akhirnya singgah di satu kawasan yang aku sendiri lupa namanya.. Pusing2 tengok apa benda yang ada. Akhirnya xda la benda menarik sangat. Di teruskan perjalanan, singgah di Mushroom Park. Tak ada la benda nak dibeli, sungguh turn off bila tengok orang yang terlalu ramai. Diteruskan lagi perjalanan dan singgah di pasar yang namanya aku pun lupa. So dapat la makan cendawan goreng. Dan kami makan tengahari di satu gerai makanan melayu yang harganya lebih kurang macam di RASTA. 

Perjalanan diteruskan lagi untuk pergi ke Ladang Teh Boh. Jalan yang akan sempit, menggerunkan mereka-mereka yang tidak pernah jejak di sana. Berjalan kaki hingga ke cafe di atas lereng bukit teh itu.



Bersama rehat di atas dengan makan kek dan teh. berborak sakan di atas sana. Tu belum lagi yang kaki bergambar, aku kurang bergambar sebab tak suka sebab muka badan nampak sangat tembam.. hahaha...


Selepas melepaskan penat di lereng bukit tu, kami mula untuk pulang kedestinasi asal iaitu Kuala Lumpur. Perjalanan yang agak panjang terasa hilang bila kami tak habis-habis bercerita didalam kereta. Sedar tak sedar sudah sampai bawah. Singgah di RnR, dengan highway yang agak sesak. Kami teruskan perjalanan ke KL dan sampai ke KL pada pukul 1030 malam.

Apa yang aku perhatikan, bermulanya perjalanan/pengembaraan dan percutian ini, banyak benda berubah, kemesraan nampak pada setiap orang kecuali aku gan sorang tu ler. lalalala yang lain, ok sangat-sangat. Dapat mengenali masing-masing dengan dekat. Dari yang sangat pemalu dan kurang malunya, yang pendiam dah boleh bercakap tanpa segan, yang terover still maintain over. So kesimpulannya, percutian ringkas membawa pelbagai kenangan yang akan tersimpan hingga ke hari tua.

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

Leo oh leo