Cameron Highlands Part 1

Bersambung kisah aku dan kawan-kawan aku dari sungkai ke cameron highland. Perjalanan dari sungkai ke cameron highlands mengambil masa 2 jam. Masuk dari tapah. Setibanya kami di tanah rata, jalan sangat sesak. Panjang sungguh kesesakkan lalu lintas. Akhirnya pada pukul 5.30ptg kami sampai ke tempat penginapan kami iaitu eight mentigi. Bukan hotel tetapi guest house.


Selesai pembahagian bilik seramai 9 orang, kami menempah 3 bilik, 2 bilik yang mempunyai queen bed dan satu bilik mempunyai 2 queen bed dan satu tilam tambahan. Aku duduk sebilik dengan daus, Fred dan shaiful duk sebilik, dan bilik paling riuh dipenuhi oleh fai, ted, muss, ee dan ruzal. 

Setelah selesai membersihkan diri. kami ingin pergi ke Brinchang untuk berjalan-jalan. Akan tetapi kesesakkan jalan raya ke Brinchang, niat kami terbantut disitu. Dengan itu kami berpatah balik dan terus bersiap untuk membuat BBQ di luar guesthouse kami. 


Menu BBQ kami ialah ayam, daging, sotong, udang, dan jagung. Pembahagian kerja telah di buat. Akan tetapi aku hanya uruskan payung meja aje. Hahaha.. Dari pengurusan menghidupkan arang yang di lakukan oleh encik ee kita, sehinggalah juga proses pembakaran makanan yang diuruskan oleh adik muss kita termasuk lah ted dan shaiful. 

Setelah abis membakar, masing-masing macam kebulur dan tak sabar-sabar lagi untuk makan. So kami pun makan la dengan rakusnya. Rakus ker? Aku makan dengan tertib ok. Eh tak ada sorang pun snap pic makan ke, makanan yang dah di buat? Lapar sangat kot..

Setelah selesai makan, kami telah dihidangkan pula dengan permainan yang telah di minta oleh kami. Tuan pengerusi majlis permainan iaitu encik ted telah menyediakan permainan tersebut. Berbalik beberapa jam lepas, kami telah mencabut undi untuk menetapkan dua kumpulan. So kumpulan dia bahagia dua iaitu Kumpulan A - Namakan 2 jenis dan Kumpulan B- Patung Cendana. Kumpulan A terdiri dari aku, shaiful, muss dan ruzal manakala Kumpulan B ialah ee, daus, fred dan fai. 

Kumpulan A- Namakan 2 jenis!
Kumpulan B - Patung Cendana
Sebanyak 3 jenis permainan, Permainan pertama ialan true or false, yang dimenangi oleh Kumpulan A!!, permainan kedua Charades yang markah dia lebih kurang aje. Dan yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua kumpulan ialah permainan ketiga, menjawap soalan Sejarah. Permainan ketiga ni agak mencabar, kalau salah jawap kitaorang kena telur, (telur dipecahkan kat atas kepala kita). Dan jahatnya pihak lawan juga akan pecahkan telur kepada kita yang salah jawap soalan. Memang fun tul la malam tu. 



Disebabkan Kumpulan A iaitu Namakan 2 jenis telah menjadi johan keseluruhan, kami memperolehi peluang untuk memecahkan telur kepada Kumpulan B iaitu Patung Cendana. 


Tidak dilupakan juga, Tuan pengerusi majlis permainan kitaorang, mana leh lepas macam tu aje kan. Ah dia pun kena telur ramai-ramai. Akan tetapi si ted ni bagus la, sediakan permainan kitaorang ini dengan penuh lengkap. Terima kasih ted. 


Setelah selesai mentelurkan masing-masing, kita orang kemas barang-barang BBQ dan pergi mandi. Tak tahan ler bau telur yang melekat kat kepala dan badan. Setelah membersihkan diri tengah-tengah malam di cameron ni, leh tahan sejuk, kitaorang berpakat untuk pergi ke brinchang untuk mengeteh.Tak banyak kedai mamak dekat cameron ni. Pusing punya pusing jumpa la satu. Ramainya orang, dan servis dia tak berapa best lah. Roti kosong aku pesan sampai sekarang tak jumpa. pfftt.... Setelah selesai mengeteh, dalam pukul 3, kami sampai ke guesthouse dan tidur lah kami dicameron highlands. 

Bersambung....

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie