Sungai Klah Hot Spring.
Ok kali ni aku tak mau buat entry yang terlalu panjang. Ia mengenai percutian singkat kami ke Sungai Klah hot spring dan Cameron Highlands. Perancangan telah dilakukan seawal 3 minggu untuk menjadikan segala nya berjalan dengan lancar. Sehinggakan untuk mendapatkan penginapan yang agak susah kerana musim cuti sekolah. Bayangkan kami terpaksa membuat panggilan lebih dari 60 kali untuk mendapatkan tempat penginapan walaupun jarak tarikh masih jauh. Nasib baik dapat. Perjalanan dimulakan dari selayang dan kelana jaya. Fred dan daus tidur dirumah ku pada malam jumaat. Kami telah bangun seawal pukul 540am untuk sampai ke restoran jenjantas sg buloh untuk mengambil beberapa orang lagi. Akan tetapi fai telah menalifon aku supaya kami pergi kerumahnya kerana keretanya terlalu penuh. So pada awalnya untuk bergerak pada pukul 630, akhirnya kami lewat dan bertolak dari rumah fai pada pukul 740am. Sebelum di lupakan percutian kami melibatkan aku, fred, daus, fai, ted, epul, ee, muss, ruz...