Sungai Klah Hot Spring.

Ok kali ni aku tak mau buat entry yang terlalu panjang. Ia mengenai percutian singkat kami ke Sungai Klah hot spring dan Cameron Highlands. Perancangan telah dilakukan seawal 3 minggu untuk menjadikan segala nya berjalan dengan lancar. Sehinggakan untuk mendapatkan penginapan yang agak susah kerana musim cuti sekolah. Bayangkan kami terpaksa membuat panggilan lebih dari 60 kali untuk mendapatkan tempat penginapan walaupun jarak tarikh masih jauh. Nasib baik dapat. 

Perjalanan dimulakan dari selayang dan kelana jaya. Fred dan daus tidur dirumah ku pada malam jumaat. Kami telah bangun seawal pukul 540am untuk sampai ke restoran jenjantas sg buloh untuk mengambil beberapa orang lagi. Akan tetapi fai telah menalifon aku supaya kami pergi kerumahnya kerana keretanya terlalu penuh. So pada awalnya untuk bergerak pada pukul 630, akhirnya kami lewat dan bertolak dari rumah fai pada pukul 740am. Sebelum di lupakan percutian kami melibatkan aku, fred, daus, fai, ted, epul, ee, muss, ruzal. 

Kami telah sampai ke sungkai pada pukul 10am. Jalan highway agak sesak dengan kemalangan dan jumlah kereta yang menggunakan highway tersebut sempena cuti sekolah. Pada mulanya ingin bersarapan di R n R rawang, akan tetapi terpaksa dilupakan disebabkan tiada tempat duduk. So semasa sampai di sungkai lah kami bersarapan di warung kedai makan. Tak sedap!..  So setelah sampai ke Sungai klah hot spring, kami membeli tiket yang berharga RM12 dan terus berjalan kaki ke kolam air sejuk dahulu..




Setelah puas mandi di kolam air bukit, kami meneruskan aktiviti kami ke kolam air panas. Dan kami telah memilih private jakuzi untuk lebih private. Sebab masing-masing nak meroyan dan buat bising tanpa gangguan orang ramai. Harga untuk penggunaan private jazuki ni ialah RM 120 bagi 1 jam. Pelbagai "games" yang kami buat dan memang riuh lah.. Dan ada memori yang semua yang ikuti percutian ini, iaitu "namakan 2 jenis" clap clap.. ;)


Akan bersambung mengenai Cameron Highlands..




Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie