Gym Lagi..

Sedia maklum bahawasanya berat badanku yang sedang gigih aku ingin kurangkan telah memasuki satu frasa yang lain. Sedia maklum juga yang aku ni pernah bergym sakan di Celebrity Fitness tahun lepas. Dan sedia maklumnya bahawasanya aku tidak lagi menjadi ahli Celebrity Fitness. 

Setelah hampir setahun lebih telah meninggalkan aktiviti gym, aku telah KEMBALI bergym. Hahaha.. Tapi di gym yang berlainan. Iaitu True Fitness. Kenapa aku bertukar angin.. Tak perlu dibincangkan disini. :P Mana-mana gym semuanya sama. Janji program untuk aku membuang sisa-sisa lemak yang tepu dan bersepah-sepah di badan ku akan terhasil.

Dengan ini aku akan kerap bersantai di gym, melompat-lompat, menggayung, berlari, mengangkat berat dan lain-lain di gym. Sambil itu juga, aku telah membeli set dumble baru. Bagi meneruskan aktiviti tersebut dirumah. Wah betul-betul gigih aku nak fit macam dulu, dan mungkin lagi fit daripada dahulu. 

Orang yang banyak menghina aku dari dalam, luar, tepi mahupun di udara akan menelan kembali sisa-sisa hinaan terhadap diriku walaupun antara sedar mahupun tidak. Sekurang-kurangnya aku mahu habiskan masa 2-4jam sehari di gym, baru la puas.

Marilah bersama-sama meningkatkan kesedaran bersenam pada diri kita, cari jalan sendiri dan sentiasa percayakan diri sendiri, tidak perlu tunggu orang untuk kita bersenam, pada yang dah badan lawa-lawa tu, silalah beri sokongan pada kawan-kawan anda. Jangan sesekali pentingkan diri, dunia ni bulat, mungkin ko slim/fit/cun pada masa sekarang. Tahun depan... jadi la macam labo-labo yang macam badak sumbu/babi hutan/mahupun lori balak. (merujuk pada sekumpulan)


Comments

  1. good luck ed, bersenam bukan untuk nak dapat badan cantik sahaja, yg penting kesihatan kan.....

    ReplyDelete
  2. aku nak slim melim tp malas bersenam
    hehehe

    ReplyDelete
  3. eh apiz.. aku bersenam sebab nk dapatkan badan yg cantik.. kesihatan juga...

    cik muslimah... jgn malas2.. sila bersenam! ceewah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

Leo oh leo