Italy oh italy..
Hari jumaat lepas aku menghantar member baikku pergi airport untuk dia pergi ke Bologna Italy atas urusan kerja. Melekat lak nama bologna ni gan aku. Ni semua salah si daus, hari-hari duk cite pasal bologna. Disebabkan aku telah pun mengofferkan diri untuk menghantar dia, so jumaat lepas aku telah menghantar dia ke KLIA. Termasuk lah kawannya juga si ecah. Dalam kereta masing-masing duk borak-borak cite pasal benda ni lah. Tapi boleh nampak mereka nampak "nervous" dalam masa itu excited juga. Eh yang paling excited aku lah. keh keh keh... Tak tau kenapa aku lak yang terlebih excited. ha ha ha.. Setelah parking kat KLIA, amik troli dan aku yang tolak troli tu, tgk... betapa excitednya aku.. :)
Setelah check in dekat mesin dan mengambil boarding pass, terus pergi nak simpan luggage. Berat tul beg diaorang ni. Betul-betul prepare nak duduk bologna selama 7hari. Setelah beratur untuk menyimpan luggage, kitaorang pun nak pergi makan. Yeehaa daus banjer KFC. Harus lah! kawan ko sorang ni excited ok. Tapi aku perasan yang mereka berdua seakan nervous semacam. Ye lah, pertama kali nak pergi jauh yang mengambil masa 13jam di dalam kapal terbang. Setelah selesai makan. Daus dan ecah, bersedia untuk aku antarkan ke pintu berlepas. So dalam masa sama aku tunggu la diaorg juga dekat atas yang kita boleh tengok mereka nak melepasi immigration tu.
Dah selamat sampai pun mereka, lupa nak cakap yang flight mereka transit di amsterdam dan dari amsterdam akan ke bologna terus. Kereta comel daus berada pada aku selama seminggu, yeehaa.. boleh lenjan kete dia. Dan aku akan mengambil mereka kembali pada hari jumaat, yang penting aku tak tau pukul berapa diaorang akan sampai.. Ha ha ha..
Comments
Post a Comment