Joey

Ok, sekarang ni aku ada pet baru, nama dia joey. keh keh keh, macam mana aku jadikan pet aku? Berbalik pada semalam, masa aku turun ke kedai runcit untuk membeli barang, aku ternampak seekor anjang yang biasa aku tengok bila aku turun kebawah, anjing ni seakan-akan tercari-cari makanan, tengok pun dah tau dia mmg lapar, setelah aku selesai membeli barang, aku tengok anjing tu tengah tercari-cari makanan dalam keadaan kelaparan, macam mana aku boleh tau? Sebab sebelum ni aku tengok or terserempak gan dia mesti dia tengah tidur or tengah main sorang-sorang kat bawah tu, sebelum ni banyak kedai makan cina yang buka kat bawah tu, so ramai yang bagi dia makan, termasuk lah kedai haiwan kat bawah tu.

Sempena CYN ni, kan banyak kedai tutup, so tak ada sapa lah bagi makan. Aku pun beli lah roti krim berharga 60 sen. Pastu aku bagi la kat dia, siap bukakan lagi. huhuhu. Mula-mula tu memang aku berdebar-debar, mau tak nya, kang dia gigit aku, sia-sia je kan. Aku letak atas simen dan dia datang. Dia tengok aku dulu, pastu dia jilat roti tu, sambil tu dia tengok aku lagi, pastu yang mengejutkan aku, dia baring sambil peluk roti tu dan jilat, Tetiba aku rasa gembira.

Tadi baru aje aku kasi nama untuk dia, aku namakan dia joey. Aku bagi dia makan daging, jangan memain, aku kasi dia makan daging burger king. ahaha.. tak nak kalah.. tu la serba sedikit cerita aku dengan joey...

Joey tengah makan dinner dia

Comments

  1. wow abe... sungguh mulia hati anda. kalau aku la, tak pandang dah anjing tu, melarikan diri lagi ade lah... anyway.. tahniah ko ade kawan baru skrg

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

Leo oh leo