Percutian singkat ke Port Dickson
Sebenarnya aku nak buat entry ni lama dah, punya tertangguh punya pasal, dah bulan Feb baru aku menggigihkan diri untuk membuat entry ini.
Berbalik mengenai percutian singkat ke Port Dickson, kami bertiga, aku, daus dan fred telah merancang percutian akhir tahun untuk kita bertiga, banyak cadangan, pandangan sebelum memilih untuk pergi ke P.D ni, Dan banyak gak ragam dan adegan sentap- menyentap (aku lah tu) belaku sepanjang cadangan dan pandangan dikemukan. Eh tak kan aku nak cerita pasal adegan-adegan tersebut kat sini. Biarlah menjadi buah mulut kita bertiga.
Kami pergi pada 29/12/2011 seawal 9pg.. opss 9pg la sangat, hampir kul 11 mereka berdua ni baru nak sampai kat umah aku, dan tak sangka aku segigih untuk bangun seawal 7pg konon-kononnya nak gerak pada kul 9pg. Ok setibanya mereka berdua dibawah kondo aku, aku dengan semangatnya nak ajak pergi makan dahulu. Kitaorg minum dan makan di kedai bersebelahan dengan Masjid di Selayang Jaya ni.
Setelah berapa jam, aku serius tak ingat, kami pun sampai ke Marina Resort Port Dickson, akak yang menjaga apartment tu dah telefon si fred tanya pukul berapa nak sampai. Biasa lah, disebabkan adegan-adegan yang tak berapa nak penting dipagi tadi menyebabkan kami lewat sampai, padahal fred dah mintak untuk masuk awal.
Mula-mula sampai ke apartment tu, kita bertiga merasai sesuatu, creepy!, tak apa lah, janji ada tempat untuk tidur dengan aman. Keadaan apartment tu memang tak terurus dengan cat yang sudah berlumut, dan kami juga perasan bahawa berapa "ketul" aje yang duduk dekat apartment tu, dimaklumkan kami bercuti semasa orang lain sebuk bekerja. Setelah naik lif ke jumpa lah akak berdua ni, pok pet pok pet jugak mulut akak berdua ni. Tapi diaorang memang layan kitaorang sangat baik.
Mula-mula perasaan aku sebelum masuk ke apartment tu adalah "gerenti hazab" ternyata lain dugaan ku, masing-masing terpesona dengan keadaan dalam apartment itu. Ya, terurus dengan elok! Ada sofa, view mengadap laut, ada Tv LCD, siap ada astro, ada aircon, dan bilik apartment tu ada dua bilik, satu masterbed room dan satu lagi bilik ada 2 biji katil bujang. Kedua-dua bilik ada aircon. Keadaan dapur ada microwave, peti sejuk. Ada meja makan, ada 2 bilik mandi. Yang dekat masterbed room tu, omg.. memang korang boleh buat party buih la kat dalam tu, besar ok.
Setelah selesai dengan akak tu, kitaorang duduk sejenak dan tetiba perasan, pahal xda air?!! puas kita bertiga pergi cari pili untuk on kan saluran air. Hampeh, terpaksa telefon akak bertuah tu untuk tanya, akhirnya benda tu dekat luar apartment tu.
Selepas itu tetiba aku nak berebut bilik masterbed room tu. Dan setelah pikir lama dan mengambil kira tahap kedengkuran aku dan daus, aku telah mengambil keputusan untuk menyerahkan bilik besar tu kepada Fred!. dan aku tidur sebilik dengan daus yang bilik tu ada 2 bijik katil bujang. Padahal aku terfikir yang aku ni penakut ya amat untuk duduk sensorang dekat bilik yang besar segedabak tu....
Ini lah Apartment kami |
LCD Tv siap ada astro basic |
Setelah baring-baring yang kononnya jarak p.d ni dari kl yang sangat jauh, kami terasa lapar seperti biasa, lapar lagi, makan lagi!. Gerakkan kereta, lepas tu pergi ke pekan P.D, dengan harapan mencari kedai makan yang sedap. Korang nak tau sedap ke idak, jap kasi aku 2 minit. nak pergi minum air sat, dahaga, iye lah, gigih menaip kul 310pg buta ni. Ok dah 2min, sedap sikit tekak aku ni, padahal menaip bukan guna mulut, patutnya tangan aku yang lenguh.
Berbalik pada sedap ke idak makanan yang kitaorg cari ni, kita orang singgah ke kedai makan yang berhadapan dengan pantai P.D tu. Namanya aku kurang pasti ataupun tak amik tau. tah lah!, alah yang dekat dengan kedai bundle tu. Aku order nasi ayam black pepper. Sedap ke? 1-10 aku kasi 2 aje ler. Tak berapa nak sedap. Yang berdua tu aku tak ingat diaorg makan apa, ada pic aje.
Nasi Ayam Black pepper la sangat.. |
Setelah kenyang yang tak berapa sedap, kami pun pergi beli apam balik, dan beberapa kuih dekat gerai yang berpayung berhadapan dengan Restoran tu, Eh lupa, sebelum tu, jangan main-main, kita orang pergi ke kedai bundle tu, nak tengok-tengok apa yang ada kat dalam, dan yang pasti daus siap cuba baju sejuk yang hampir dibelinya untuk dibawa ke Italy. Jangan sebut Italy, Jeles!
Setelah puas membelek baju-baju tu, ternyata kitaorang penat, manjang penat, dan dahaga, ia lah cuaca bukan macam dekat london sana tu, sini panas. Sementara itu kitaorang amik apam balik yang kitaorang order tadi. Disebabkan cuaca yang panas, dan selalunya orang buat apa kalau cuaca panas? Ya makan cendol!.. Dah lama tak makan cendol dan walaupun aku ni bukan penggemar cendol, tetapi disebabkan cuaca panas aku bedal aje...
Cendol penghilang dahaga |
Setelah puas makan, cuci mata tengok baju, minum cendol, kami mengambil keputusan untuk balik ke apartment kami. Sebelum masuk apartment, kitaorang sempat pergi keliling resort itu, hingga ke pantainya yang seakan tidak diuruskan dengan baik, kolam renang, dan paling best! pergi ke rooftop! Amahzing! Gambar-gambar sila lihat dibawah yer. Kami seakan ular sawa yang tak berapa nak mengandung, duduk di ruang tamu sambil mengumpat sana sini, eh lupa, sejak-sejak berteknologi baru ni, tak dilupakan juga, CHECK IN FB. Setelah puas baring, mencangkung, berguling, kami mengambil keputusan untuk pergi ke pantai Teluk Kemang untuk bersenam, bersenam ker?
Pergi mandi air laut lah.. :) Maaf tiada gambar untuk dihidangkan kerana masing-masing tak bawak hp tuk snap beberapa gambar.
Banyak adegan di dalam air laut tu, dengan gaya nak berenang, kuak lentang, kuak dada semua ada. Ada yang nampak perut yang seakan-akan pulau (aku lah tu, tensen!) dengan nampak buah buahan yang tett... dan ada adegan "i nak letak eye mo dekat mata" , memang best lah, masing-masing memang gembira, walaupun air laut Teluk Kemang ini memang sangat-sangat sedap mata dicucuk dengan garfu!.. Setelah puas membuat adegan, kami pergi mandi di tandas/bilik mandi awan yang ternyata mahal lagi xberapa bersih. Dah tak ada pilihan, apa lagi, mandi aje ler!
Lepas mandi selalunya korang buat apa? macam aku, setelah penat terkinje-kinje, aku lapar, so kitaorang pergi la ke gerai makan dekat teluk kemang tu. Mula-mula nak makan, tapi akhirnya makan otak-otak yang tak berapa sedap itu sebab aku tak pasti antara daus atau fred yang cakap nak makan dekat sebelah apartment kitaorg tu. Aku setuju aje.
Kedai di Teluk Kemang, tetiba teringat signboard tu macam dekat phuket! |
Setelah abis minum, kereta comel daus tu pun bergerak la untuk pergi ke gerai makan yang bersebelahan dengan apartment tersebut. Ahhh.... tutup!!! apa kes tutup awal? hampa! tapi masing-masing terpandang funfair yang betul-betul berada depan apartment kitaorang tu, apa lagi, singgah la sekejap sebab masing-masing seakan terkinje-kinje macam tak pernah tengok funfair kat KL. Bermula la episode JUDI!.. eh pasal apa berjudi lak, bukan ke pergi funfair naik benda yang bukan-bukan tu ker? Akhirnya kita bertiga terjebak dengan judi di funfair itu. Judi? ye la, boleh diibaratkan judi la sebab konon-konon main game untuk dapat teddy bear beso. Ada beberapa pic yang aku akan hidangkan untuk tatapan memori akan datang, dan untuk makluman anda semua, kitaorg menang besar, menang bising! Ahaks
Dua ahli bingo paling LUCKY! |
Yo daus, amoi tu muka dia dah bosan tunggu ko |
Mesin ni yang paling BEST! |
Setelah puas menjudikan diri, masing-masing sudah kelaparan, kerana tahap kelaparan yang amat sangat setelah membuat beberapa adegan yang agak menjadi memori, berbalik kita pada "i nak letak eye mo di mata" masih menjadi perbualan kami bertiga, yang kena bahan tu, gelak sabar aje. Lapar lapar lapar!!! mari kita makan, disebabkan lapar tahap kritikal, kitaorang pergi kedai makan yang berhadapan dengan apartment kitaorg tu. Oh lupa nak bagitau umum, berhadapan apartment kitaorg itu ada banyak rumah kedai termasuk lah, eh aku lupe ler! ala ala gezebo tu. alah... mintak maaf lah, aku tak berapa ingat. Ini lah padahnya buat keje bertangguh!
So tiba lah makanan yang dipesan, termasuk lah minuman yang ADO itu, aku mintak teh o ais nipis, senipis yang boleh lah, dah macam apa tah. Si fred pesan air barli, air barli dan mcm air suam dah dia punya warna. Tak apa, nanti korang nampak lah sebab aku akan tepek gambar tersebut. Sedap ke makanan? Korang yang baca dari awal mesti dah tahu yang aku asyik membebel sedap ke idak makanan kat P.D ni. Ok... failed big time!. Baik aku je yang masakkan. Tabah menghadapi makanan-makanan di P.D ni. Disebabkan lapar, makan aje la. Licin walaupun tak sedap. Betul kan fred? daus?
Dalam rasa tak puas, kami bercadang untuk pergi ke destinasi lain, ya pantai P.D yang ada lampu limpah tu. Ramai orang dekat sana. Sebelum tu, aku lupe nak kasi tau yang kitaorg sempat membeli air untuk membasahi tekak lebih-lebih perokok seperti aku ni. Daus membentangkan permaidani terbangnya untuk kitaorang lepak ditepi pantai yang angin satu pun tak ada.
Ini lah pusat karaoke keluarga diaorang |
Air teh o ais yang sangat nipis! |
Air barli fred yang clear tak ingat airnya |
Tom Yum Ado! |
Tak ingat la ape ni, yang penting tak sedap! |
Tah apa yang diaorang mengumpat tah |
Mungkin ada ikan paus yang muncul |
Ini lah McD yang ramai orang tu. |
Sambil borak-borak, kitaorang dapati sekumpulan lelaki sasa sedang mensukat ikan. Panjang tu jaring tu. Ramai pulak yang membuat keje tu, kami perhati dari jauh, dan makin lama makin hampir dengan kami. Owh daus apa lagi, terkinje-kinje nak tengok ikan apa yang diaorang dapat tangkap. Aku dengan fred dah tak kuasa nak lihat, aku baring sambil berangan berada di atas katil mengadap aircon!. Setelah penat lepak, kitaorang ada hati nak pergi berjudi lagi. Hampa, keciwa, funfair tu dah tutup. Cepatnya tutup, baru pukul 1230. Dan kami mengambil keputusan untuk balik ke apartment.
Setelah sampai ke apartment, aku rasa memang letih sebab seharian penuh gan aktiviti, bukak tv, baring atas lantai dengan bantal, akhirnya aku berdengkur Zzz.. rasanya dua ketul tu borak sampai pukul 2pg kot. Tapi aku dah tidur sampai ke mana-mana tah mimpi aku. Diaorang gerakkan aku untuk masuk bilik, so seakan dirasuk aku pun ikut aje le. Sepanjang malam aku tidur bertemankan aircon yang agak sejuk. Dan seperti biasa kejadian mimpi-mimpi pelik bermain di fikiranku akibat membaca, mendengar tentang ke "angker" an tempat penginapan kitaorang ini. Sampaikan aku bermimpi seorang wanita berpakaian putih, berambut panjang sedang melihat aku melalui siling bilik itu. Err.. scary la gak... akan tetapi aku teruskan tidur menunjukkan diri ini macho walaupun takut terkenang ape yang aku mimpikan. Bagaimana pula dengan daus? Dia ada mimpi benda yang sama? nanti aku ceritakan.
Percutian singkat meniti hari ke dua. Aku bangun dan agak daus dan fred untuk bersarapan. Konon-kononnya untuk bersarapan di warung di P.D ni. Ye lah, kalau kat KL, manjang aje kedai mamak, dekat sini nak cuba makan warung melayu. Kami tak pergi jauh pun untuk bersarapan. Hanya 1km dari tempat penginapan. Ternampak beberapa warung kedai makanan melayu. Kami memilih warung yang berhadapan dengan kubur. Macam biasa, aku memilih nasi lemak untuk dimakan di pagi hari. Yang berdua tu makan roti telur kot. Ala.. tak ingat!..Sedap? ok la dari tak makan lansung.. Sambil-sambil makan mata kami dihidangkan dengan kereta kebal askar yang lalu di jalan tersebut. Macam kami mungkin jakun seminit, sebab ye ler macam le kereta kebal selalu lalu depan kami, dan aku sempat snap satu gambar.
Warung sarapan pagi |
Teh Tarik cap jamil? waa |
Baru ingat, daus makan roti telur |
Sama juga dgn fred |
Nasi lemak daging |
Ni lah kereta kebal tu |
Setelah selesai bersarapan, kami balik ke apartment. Eh lupa lak nak cerita pasal daus mimpi serupa dengan aku ke tidak. Yer.. dia cakap dia mimpi benda yang sama. So mungkin kami berdua berimaginasi akibat menonton filem-filem hantu sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Tapi yang heran pasal mimpi dia sama dengan aku, tu mimpi atau benda tu betul-betul ada.. huhuhu
Balik ke apartment, bukak tv dan merasa mengantuk. Plan diaorg dari semalam untuk mandi di kolam renang di apartment tidak dapat dilaksana akibat pembersihan kolam sedang dijalankan. Hampeh tul, masa weekend baru le nak cuci sana sini. So korang datang masa weekend aje lah, masa week days mcm hampeh, tapi tenang sebab tak ada orang sangat. Kami bertiga sempat tidur semula, ye lah memandangkan baru pukul berapa dan badan masih letih dengan aktiviti "mencabar" semalam.
Akan tetapi setelah aku terjaga dalam pukul 12 aku dapati encik fred tiada di dalam apartment, aku bertanya kepada daus, dan daus dengan nada "mamai" dia tu berkata fred kuar jalan kaki pergi kedai. So aku pergi ke ruang tamu sambil menonton tv. Setelah fred balik, aku dapati dia membawa satu kotak seperti kotak kek. Wah rupanya dia sempat pergi beli bufday kek memandangkan hari tersebut adalah bufday si daus. Wah sekali lagi terkejut sebabb kek tersebut adalah kek angry bird berwarna merah hahaha.
Kami berdua menyalakan lilin lalu membawa kek tersebut kedalam bilik daus tidur tu. Dia masih tidur, kami menyanyikan lagu Happy Bufday untuk men suprise kan dia. Dia dalam keadaan mamai seakan terkejut lalu berkata kenapa ni? Dengan muka merah padam disebabkan kami menyanyi lagu dan membawa masuk kek membuatkan dia sedikit terharu.. aww... terharu kan daus? aku pun tak plan benda ni. Yang plan adalah si fred tu. Gigih dia beli kek sambil berjalan kaki. Setelah meniup lilin. Kami menjamah kek tersebut di atas meja makan diruang tamu.
Hahah bufday boy yang terkejut |
Yeahh dah sama tua |
Kalah budak kecik, tapi kek ni memang lawa. tq for fred |
Untuk pengetahuan umum, kami hanya bermalam sehari sahaja di apartment tersebut. Setelah bersiap-siap kemas barang. Kami menunggu akak yang menguruskan aparment tersebut. Bertukar-tukar business card dan kami memulakan perjalanan hari terakhir kami dengan makan! makan lagi! Kali ni makanan dia sedap sedikit lah. Ingat lagi cerita yang aku ceritakan semasa nak pergi makan kedai yang tutup tu. Di situ lah kami makan. Nasi kukus ayam panggang. Boleh tahan la, cuma nasi agak lembik. Yang penting makanan di hidangkan di pingan, mangkuk polisterin. Tokey kedai ni nak save budjet untuk air dan pembasuh pingan kot.
yang penting semua pakai polisterin |
Kami meneruskan percutian kami untuk pergi ke rumah api tanjung tuan. Aku pernah pergi dahulu. Dua ketul tu belum pernah pergi. Aku yang memandu kereta daus. Siap salah jalan lagi. Ye lah berapa lama tak jejak kaki kat sana. Setelah sampai ke parking berhadapan dengan hotel ilham, kitaorang mengatalkan diri untuk menjadi quest hotel tersebut. Sempat lah pergi jenguk sekejap macam mana hotel tersebut. Perjalanan kami diteruskan untuk pergi ke rumah api tanjung tuan bersebelahan hotel tersebut.
Daus sebuk dengan Hp, fred tak sabar dah tu |
yeah... kitaorang nak pergi tengok rumah api tanjung tuan, akan tetapi... aku ulang balik, akan tetapi.. kitaorang telah melencong kesebuah tempat lain. Kemana? tu tengok pic kat atas tu. Pintu masuk kan? sepatutnya kitaorang terus aje. Tetapi siapakah yang gatal nk melencong, aku kot! hahaha.. nak pergi tengok bekas tapak kaki hang tuah. Sebelum ni tak pulak aku tau or memang aku tak amik tau ada nya bekas tapak kaki hang tuah.
Kami ingat hanya beberapa ratus meter perjalanan. Ohh.. tidak sama sekali! dah macam drama kat tv je gaya aku bercerita ni. eh sambung balik. Perjalanan kaki untuk melihat bekas tapak kaki hang tuah di teruskan. Korang ingat dekat??? jauh ok. dah la masing-masing pakai sandle aje. Dah la aku ni banyak pe el lebih-lebih bab jalan kaki ni. Tetapi serius ingat dekat dan serius lagi memang jauh! Jalan punya jalan, di ketuai oleh fred. Aku orang yang tengah, daus yang belakang. Yelah, dibuatkan ada pak harimau, boleh la aku lari dulu sebab dia mungkin nak makan yang depan mahupun kat belakang. hahaha..
Perjalanan di teruskan dengan semangat. Semangat ker? dah tengah-tengah hutan. Takkan aku dah bersantai kot. Tah apa benda dalam hutan tu. Yelah aku ni bukan jenis jungle tracking. So semua benda bermain kat kepala otak aku. Dah la tak prepare apa apa, dengan pakai suar pendeknya. Manalah tau ada nyamuk malaria ke. Tak ke naya. Jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa lagi bekas tapak kaki hang tuah tu. Hampir lebih dari 30min gak lah.
Sempat posing, padahal dalam hati terbakar sebab jauh lagi |
Ahh.. kitaorang dah sampai... sampai bekas tapak kaki hang tuah tu ker? Tak ada maknanya. Sampai di telaga bertuah. Tu yang diaorang cakap lah. Sempat lagi nak bergambar dekat situ. Padahal aku dah tak larat ok. Semput, letih berpeluh semuanya ada. Sat nak tepek gambo posing kat telaga bertuah tu.
Perjalanan diteruskan untuk melihat bekas tapak kaki hang tuah yang kitaorang teringin sangat nak tengok tu... berjalan hampir 20min, kami seakan-akan nampak pantai, owh dah dekat ker? korang ingat kami terus nak pergi tengok bekas tapak kaki tu ker? ni... daus dan fred sudah mula berposing sakan dah. Aku posing lite-lite aje sebab penat tak abis lagi. Mari kita tengok apa yang dapat di snapkan.
Setelah puas bergambar, baru la masing-masing duk nak mencari bekas tapak hang tuah tu, pusing-pusing, dok panjang sana sini, sampaikan daus pergi ke atas bukit untuk cari, last-last dia pergi tempat org memuja. hahaha... pusing punya pusing kitaorang confuse. hahaha.. akhirnya aku pergi tanya ada sorang pakcik ala ala rambo dekat situ, so dia tunjukkanlah bekas tapak kaki hang tuah. Setelah tengok bekas tapak kaki hang tuah tu, aku terpikir macam mana tapak kaki tu leh tenggelam dekat batu tu. Wah hang tuah tu dok lompat ka? Macam-macam lah andaian yang kami buat...
Ini lah bekas tapak kaki hang tuah tu |
So setelah jumpa bekas tapak kaki hang tuah tu, aku terpikir, alamak... takkan nak patah balik jalan yang sama. Jauh tu!. ingat dekat ker? dah ler macam nak kena naik bukit bukau lagi. Dah la masa tu dah dekat pukul 5.30ptg, takut gelap lagi. Akhirnya pakcik rambo tadi memberitahu yang ada jalan dekat untuk keluar ke rumah api tu. Tapi jalan dia lebih mencabar. Kami bertiga dah tak sabar nak keluar dari kawasan tu. Jalan punya jalan. oh.. memang mencabar jalan dia. Pakcik tu berpesan ikut kanan.. jangan ikut kiri. So kami pun ikut aje lah kekanan. Perjalanan mengambil masa hampir 20min jugak lah. So dalam masa yang sama sempat juga si daus tu mengambil gambar. Aku? dah tak larat nak layan amik gambar ni. Penat!
Akhirnya kami sampai juga dekat rumah api yang di idam-idam kan itu. Idam ker? tak kuasa dah aku nk melayan sebab penat dan dahaga. Si daus dan fred yang masih bertenaga untuk mengambil gambar kat situ. Aku duduk ditepian tangga untuk menghilangkan penat. Ada beberapa gambar yang sempat diaorang amik. Aku termasuk sekali walaupun penat...
Ok setelah turun dari rumah api tanjung tuan tu, kami berehat sebentar di tanjung tuan. Melayan perasaan dan minum.. dahaga ok. Minum sambil tu terasa macam nak mandi air laut je. Akan tetapi masa macam dah suntuk. Makin nak gelap dah. Kitaorang mandi di tandas awam dekat tanjung tuan tu. Memang kena mandi sebab berpeluh sakan disebabkan expedisi impromptu kami. Setelah selesai kami terasa lapar dan ingin pergi makan sebelum balik ke KL. Sambil mencari-cari kedai makan, akhirnya kami jumpa kedai makan dekat dengan apartment yang kami menginap tu. Alah kawasan macam bazaar yang ada orang berkaraoke tu. Tapi bukan kedai yang sama, kedai yang lain. Better sikit dari semalam. Walaupun memang ternyata tak berapa sedap.
Mata masing-masing memandang tempat judi yang kami pergi semalam. Perasaan bergelora melanda jiwa melihat funfair itu. Ahh kami kalah dengan dugaan dan akhirnya pergi semula selepas makan malam. Yeahhh kami menang jerit lagi!... hahaha... dan kami bertolak ke KL pada pukul 1030mlm. Aku yang memandu balik ke KL.
Dalam masa yang sama aku singgah ke perhentian seremban untuk minum. Ye lah dah penat menjerit dekat funfair tu. Mestilah dahaga kan. Dalam pada masa yang sama ada peminta sedekah datang nak jual madu. Aku malas layan sebab tengah tengok gambar dari hp daus. Peminta sedekah tu budak perempuan muda. Dia membebel dengan mengatakan "saya tau korang pandang saya hina", tp berilah sedekah untuk rumah agama ke yatim aku tak ingat. Aku terus melayan gambar walaupun daus dan fred berkali-kali cakap "tak pe dik". Dia tetap membebel sensorang dekat situ. Ada satu benda silap dia bercakap membuatkan aku punya baran datang. Boleh dia cakap sesuatu yang memang tak patut dicakap. Aku ingat-ingat lupa apa yang dia cakap disebabkan baran aku datang. Apa lagi, aku menjerit lah!. Maki hamun sebab tak faham bahasa. Selepas selesai minum kitaorang mulakan balik perjalanan ke KL. Sampai ke selayang pada pukul 1230malam.
Ok sepanjang percutian singkat kami ke P.D membawa satu erti bahawa setiap persahabatan boleh dieratkan lagi. Kami gembira walaupun percutian ini adalah percutian yang boleh dianggap singkat dan tidak mengeluarkan belanja yang amat banyak kecuali funfair fav kitaorang tu. So daus dan fred, terima kasih untuk percutian kali ini.
p/s ini adalah entry paling panjang yang penah aku buat. tq
wah... entry yang sangat panjang dan sungguh informatif sehinggakan aku baca pon tak habis.. ehhehe.
ReplyDelete