2

Friday, February 4, 2011

Kutip Hutang

Sambil berjalan-jalan menunggu si irene dan nanie sampai, sambil menghisap sebatang rokok dunhill, tetiba.. aku ternampak satu iklan dekat tiang jalan raya. Mula-mula aku tak faham, apa iklan ni nak cuba maksudkan. Puas gak lak aku membaca berulang kali di tengah-tengah parking kereta dengan cuaca yang sangat panas. Gigih sungguh aku membacanya berulang kali. Akhirnya aku faham sedikit. Peniagaan macam ni pun diaorang tergamak nak iklankan.
Inilah iklan dia.. Khidmat Cara Halus katanya. RM 1 million/Jutaan saja??? apa tu? tak faham. Nak guna cara halus untuk kutip hutang yang berjuta-juta ke? Kalau la betul, bank-bank tak perlu lah susah payah. Guna jer cara halus. hahaha.. Macam-macam perniagaan yang mereka ni nak buat kan. Kekadang tak masuk akal lansung. Kalau la ada yang nak cuba ataupun penah cuba. Cerita la dekat aku kemudian hari. Tak masuk dek akal...

Post Comment