Nak kurus punya pasal.

Aku tengah mengalami kegemukkan yang amat luar biasa setelah 2tahun lebih tidak menjaga tubuh badan ku. Apa la nak jadi dengan aku. Dulu aku penah "wish" yang aku nak gemuk. Masa aku betul-betul fit dahulu, aku makan hampir 6 7 kali sehari. Tetapi badan ku tetap fit. Makan tengah-tengah malam, sampaikan ada kawan-kawan aku heran kenapa aku boleh makan malam-malam tetapi aku tak gemuk. Sampaikan satu hari aku telah bertekad untuk menjadi gemuk. Dari berat 64kg, dan keberatan aku paling berat yang penah aku capai adalah 80kg. Bayangkan... 

Ramai sudah menegur aku, aku tak mempedulikan apa yang orang katakan sebab "wish" aku menjadi kenyataan. Satu cara je nak gemuk ni, aku berhenti sepenuhnya bersukan dan sukan yang paling aku sayang adalah swimming. Itu lah langkah-langkah permulaan bagi kegemukkan aku. 

Tetapi baru aku sedari sekarang, ada keburukan yang kita akan dapat kalau kita gemuk. Dari sindiran secara terang mahupun gelap, sindiran depan mahupun belakang, sampaikan kawan-kawan yang aku baru kenal, tidak mempercayai yang aku ni bekas ahli sukan. Hmm.. siap cakap aku mungkin buat cerita lagi. What the **** , korang tak pernah nampak aku dahulu, tetapi boleh tak mempercayai aku. Geram pun ada. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku agak berisi sekarang ni. Nasib korang ler jumpa aku masa badan aku seteruk ni. Sebaliknya yang mampu aku ungkap dalam hati aku adalah "g la mampus, ada aku kesah". Ada juga mengatakan eh, tak sama dalam gambar. Gosh!!.. no komen!.. nanti aku komen terlebih-lebih pulak. Yang aku sedih, semasa aku fit dahulu, aku xda pun komen-komen pasal badan orang ka, saiz orang ke. Dunia-dunia...

So dengan pendekatan sendiri, aku sekarang ni bertekad untuk mengurangkan berat badan aku, mungkin untuk mencapai berat 68kg. Berat semasa aku sekarang ni adalah 77kg. 9kg harus aku buangkan dari badan aku ni. Lepas ni bila badan dah fit, bila badan dah sesuai dengan pelbagai baju mahupun seluar aku, aku akan menyombong sedikit. Biarlah, susah payah ok nak kuruskan badan ni. Ingat senang? Bagi mereka-mereka yang penah terlepas cakap pasal berat badan ku yang sudah mengembang mahupun apa apa juga, aku nasihatkan, korang pun harus g kuruskan badan. Kalau badan penuh gan 6pac takpe gak yang sound aku, ni badan pun Ado.. 

Suka duka aku pendam, pedih kelat aku telan, tetapi semua itu akan berubah. Tunggu dengan kemunculan terbaru aku nanti..


Comments

  1. hahhaa.. i wish u all the luck...

    ReplyDelete
  2. eddickk bagi la tipss..

    b4 this i buat atkins. but too much cravings and my weight turun naik je. sebulan je puas hati dgn berat sndiri. skang x puas sgt :/

    ReplyDelete
  3. owh bagi tips ke.. bole2...

    pagi ed jalan kaki dekat 5km..

    then tghari makan nasi sikit je...

    then petang ed mungkin jogging, or g gym or swiming... for couple of week mmg kita xkan nmpk perubahan tetapi it's a process kan.. skrg baru nampak.. baju jadi londeh, suar pun londeh.. dah ler ed jenis xsuka pakai tali pinggang, so kalu berlari gan suar mesti nk terlondeh... xpe nanick.. kita kena teruskan senaman tu.. makan pun control sikit2... janji kita senaman berterusan.. gerenti akan dapat berat yang ideal untuk kita... cayokk

    thnx abe apis.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie