New Year's Eve/Karoake Jamban

Oh dah lama xmenulis blog, mungkin ketiadaan mood walaupun banyak benda yang aku nk olah kat sini. Tak pe, kita mulakan dengan cerita tentang Movie yang aku tengok hari Ahad lepas bersama kawan baik aku si Daus. Mula-mula tu, kitaorang makan/lepak/mengumpat di uptown damansara. Aku makan Yee Mee aje, kedai uncle wong kegemaran Fau. Eh boleh tahan la masakan dia, sambil-sambil makan, apa lagi kitaorg mengumpat sana sini tanpa hala tuju. Mula-mula si Daus cakap jom g karoake, aku rasa malas sebab, bebalik kita 3 jam sebelum g makan tu. Aku g berenang kat Kelana Jaya. Puas gak la sebab dapat buat 1K meter. Mengah, dan nak rasa pengsan walaupun kelajuan renangan aku xada ler selaju dahulu. 

Bersambung masa makan/mengumpat. Setelah penat mengumpat dan mendapat dosa, daus ajak g tengok wayang. aku cakap, wayang apa kul 11 dah ni. Dia cakap, kita "check" dulu. Mula-mula ingat nk layan cite Ombak Rindu.. wow ed nak layan Ombak rindu?? Ahaks.. akhirnya kitaorang memilih cerita New Year's Eve. Lepas aje "check" seat, kitaorang dapat la seat yang menarik. Bayar online aje. Tak ada makna nak beratur bagai. 

Setelah parking kat One Utama dan ketika tu jam menunjukkan baru 2330. Cerita mula pada kul 00.00, so daus ternampak la karoake jamban yang ada berdepan dengan GSC tu. Apa lagi, dia bayar RM4 utk empat buah lagu. Gelak-gelak aku rasa masa tu sebab nak nyanyi dalam karoake jamban. Nanti dekat bawah aku akan tunjuk beberapa keping gambar masa karoake tu. Menang gelak-gelak la bila tengok. So setakat ni aje. Nanti aku akan cerita lagi tentang kisah lain pulak...

                       Ahaks.. cuba tengok muka Beyonce, memang aku gelak sakan time ni.
Yeah Jessi J sudah bertukar menjadi penyanyi korea..

               Wow Amy Winehouse dah jadi penyanyi country ker?? Dan sejak bila Bruno Mars bertukar menjadi cina?

Gelak2 tengok muka Selena Gomez. Dan cuba perhati Senarai penyanyi tu, Cina boleh lak eja betul-betul, Melayu jadi Malay, wah canggih! Lagu english dah jadi Orang Putih. Memang aku nyanyi sambil gelak-gelak la.. Pada mengusaha karaoke ni, agak-agak la kalau nak buat lawak!

Comments

  1. baru jer berkarok di kajang minggu lepas sampai kol 2 pg...

    ReplyDelete
  2. karok kat kajang tu dekat jalan reko tu ke or dekat gan shopping mall kat kjg tu...

    ReplyDelete
  3. aku pernh karok kat situ...kelakar kan...comel je tempat nye...hehehe

    ReplyDelete
  4. kat shopping mall tu. ntah aper ntah namanye

    ReplyDelete
  5. hi emy tak kecik... comel ker tempat tu.. sound system hazab ler...

    ooo... abe apiz.. yg kaler oren2 tu ke karoake dia.. wow abe apiz sudah pandai karok skrg...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie