Birthday Surprise lagi
10 march hari tu kan aku dah dikejutkan gan birthday party, kali ni lain pula birthday surprise, birthday surprise untuh fai. hahaha, sebelum itu aku, fred dan daus tak merancang pun nak buat surprise untuk fai, ada ler berbincang, akan tetapi masing-masing bz dengan urusan masing-masing menyebabkan tiada perancangan awal dibuat. Pada 26 march setelah aku habis mengajar renang, aku fred dan daus telah berwhatsapp. Bincangkan tentang, mahu ke idak kitaorang nak surprisekan fai. Last-last setelah berbincang untuk bertemu untuk membeli beberapa barang yang kita mahu memsurprisekan si fai.
Berbalik pada hari tersebut, si fai ni tak sihat, tak sihat gedik bithday sendiri kot. hahaha.. So ada beberapa perkara yang mungkin terbantut disebabkan fai tak sihat, akan tetapi kitaorang gamble aje ler. Bertemu fred dan daus di rumah daus, umah dia lagi, gelemer sangat ke umah daus ni, asyik nak set up tempat dari umah dia. lalala.. So setelah bertemu, kitaorang naik kereta fred yang canggih itu dan pergi ke One Utama. Pusing musing dalam One Utama untuk cari hadiah birthday untuk fai, daus mencadangkan gitar, so setiap orang ada gitar. Woi pandai petik gitar ker? hahaha...So akhirnya kitaorang memilih hadiah, hadiah apa, tu ah, siap terpampang kat fb fai ni. Jam penggera radio (skema lak) alarm radio untuk dia. Diharap suka la ek hadiah dari kitaorang yang tak seberapa itu. Dan tidak dilupakan kek yg cute untuk dia. Kitaorang surprisekan dekat kedai mamak, siap nyanyi lagu birthday dan yang penting fred malu-malu nak keluarkan suara dia yang merdu itu kerana dikelilingi orang yang makan dan minum di mamak itu.