Beautiful clouds in the sky


Eh awan lagi... Hari tu semasa memandu pulang, aku terpandang ke langit sambil terbeliak mata tengok keadaan langit yang cantik diluputi awan. Dengan warna yang menarik dan pelbagai bentuk yang dapat aku lihat. Setelah parking kereta, terus aku tekan lift ke RT (roof top) atas condo aku. Tanpa berlengah masa aku pun tangkap beberapa keping gambar untuk dimasukkan kedalam blog aku. Bukan senang untuk mendapat lihat keadaan langit yang begitu cantik. Memang jarang sekali. Mungkin lepas ni akan menjadi hobi aku menangkap gambar awan. Di ingatkan kembali, aku bukan menggunakan kamera DSLR dan gambar-gambar yang aku tangkap ini aku hanya crop dan tiada menggunakan photoshop. Gambar dekat atas adalah gambar yang aku paling suka, dan yang penting kalau nak tangkap gambar awan dengan keadaan langit mcm ni memang kena cepat disebabkan setiap minit warna dan bentuk awan akan bertukar. Disertakan juga vid dibawah :)

p/s untuk melihat dengan lebih baik, sila klik gambar tersebut.












Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

Leo oh leo