Terluah sudah

Facebook oo facebook.. ko memang menakjubkan! Tetapi banyak perkara yang menjengkelkan ada di facebook. Aku akan senaraikan beberapa perkara yang meloyakan, menjengkelkan yang ada di dalam news feed facebook aku. 


Camwhore. 
  • Walau sekalipun di dalam tandas. Posing abis, kenapa? nak tunjuk yang ko baru lepas berak ek? cermin tandas besar sangat tak sama macam cermin kat rumah? kau tau tak lepas ko berak kat tandas tu, tandas tu masih ada bau berak ko? nape tak mo snap pic taik ko skali? pffttt
  • Perlu ke senget-senget mulut, kening mahupun kalau boleh nak senyum sambil tekan supaya nampak ko nya lesung pipit? Mesti korang rasa cute/ensem/cantik.. pffttt
  • Perlu ke kalau sakit pun nak snap nak tunjuk? Lain la snap dalam hospital ker, atas katil kat wad ker, ini cerita pasal tak lalu makan sebab sakit, tapi makan mewah. Hari-hari cakap tak ada selera tapi sap pic makanan.. Nape.. nak mintak simpati ker or kau nak cakap ko mampu pergi tempat makan sedap2 walaupun tiada selera. Mungkin kau rasa ingin bergurau, tapi orang lain akan cakap ko ni memang Attention seeker yang bodoh. percaya lah cakap aku 5 dari 10 senarai kawan ko gerenti meluat. Tu belum gambar selepas baik... pfffttt
  • Perlu ke kau ko posing dekat tiang sambil angkat ketiak ko? Tapi status-status dekat fb ala ala ostat. Aku rasa bukan aku sorang aje yang confuse, ramai ok.
  • Dan paling tak boleh blah... Elo, kalau ko nak sembahyang pun, perlu ker posing? sempat ko berposing sebelum dan selepas sembahyang? Sekadar berkongsi atau?... percaya separuh dari list ko akan cakap perlu ke nak menunjuk?  

Status
  • Antara percaya dengan tak percaya, kekadang aku rasa sedih tengok posting status masing-masing. Contoh-contohnya, aku amik sikit aje lah, ramai lak yang meroyan. I'm fever.. elo nak ber BI pun jangan la sampai orang cakap ko bengap tak reti ber BI. I'm feverish or i have fever!.
  • Satu benda aku tak boleh terima apabila orang membuat status berunsur agama akan tetapi seperti memperli atau mempertikaikan orang. Kalau dah nak post pasal agama, ko perlu menasihati, bukan memperli atau mempersalahkan orang sekeliling kau. Tak belajar agama ker? Tak guna kalu ilmu agama sebesar lautan tetapi akal sebesar biji epal. Sorry aku tak respect orang macam ni. 
  • Kalau korang nak laser ke, nak maki ke, berbahasa kesat ker aku tak kisah! Itu adalah korang, akan tetapi pepandai le kau uruskan dengan apa yang ko dah cakap. (merujuk pada diri sendiri).
  • "Aku lapar"- woi tak reti-reti nak pergi makan. Kau mengadap fb, makanan xsampai kat mulut korang.
  • "Saya mengantuk"- nak ada orang dodoikan ker? tutup fb dan cuba tidur lah! (macam aku yang senang tidur tak ada pulak masalah macam ni) 
  • Politik, ya ramai yang dah jadi MB termasuk lah aku di fb, akan tetapi, aku bercakap mengikut fakta, bukan auta. korang kena faham, setiap apa yang korang tulis tu, ramai yang membaca. So pepandai ler yer.

Cinta
  • Ok lah, ramai yang bercinta, putus cinta, gaduh sebab cinta, tapi serius, sebenarnya aku malas nak amik pusing. Kalau sekadar nak sharing kat orang sekali dua tak apa la gak. Tapi kalu hari hari ko post benda yang sama aje, 50% dari kawan ko menyampah. Seperti mana yang diketahui, Hell LO.. ya ko sorang aje yang bercinta, orang lain tak bercinta, bila orang cakap sikit ko terus sentap keliling stadium bukit jalil. 
  • Mengenai putus cinta, OMG, ko cakap sekali sudah lah, orang semua akan tau. Ni nak pusing-pusing nak bagitau ko tengah sakan putus cinta. "aku ok tanpanya" pastu esok status ayat sentap.. gile ker? Ada beberapa orang ni duk meroyan dah dekat berapa bulan. Hell LO.. dan putus dah ler. yang ko nak cakap berkali-kali, dari orang tak tau status ko, terus tau ler bengong. Tu pun nak kena ajar ker? Malu aku dapat bekas kawan mcm dia ni. Dah macam bohsia/bohjan/pondan perangai.

Check in
  • Benda ni selalu ada dekat fb, aku pun ada menggunakan untuk mengingati diri sendiri dengan tempat yang telah aku pergi. So senang, tak perlu nk letak dalam dairi bagai. AKAN TETAPI... perlu ker? perlu ker? check in tempat-tempat yang tak masuk akal? Banyak sebenarnya, ya pada mulanya nampak macam seronok bila membaca, tp kalau ko dah mengarut-ngarut check in sana sini dengan tempat yang tak masuk akal, aku rasa macam nak kasi jari tengah aje.

Kenapa aku buat entry pasal ini, entry pasal ini juga lah akan mengingatkan diri aku sendiri untuk tidak menjengkelkan orang bila berfb. Aku akan amik insiatif sendiri supaya aku tidak menjadi orang yang tak tentu hala tuju. Bak kata salah sorang dari list fren aku... apa yang korang buat di fb adalah mencerminkan diri anda sendiri, dan betul apa dia cakap tapi... ppffffffttttt Hell LO... baik ko cermin diri ko sendiri. Salah silap harap diampun.. tq



Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

Leo oh leo