FRIENDS
Sedia maklum bahawa sitcom FRIENDS dah lama abis tayangannya di TV. Cerita yang mempunyai 10 season bersamaan 10 tahun dan mula di tayangkan tahun 1994 dan berakhir pada tahun 2004. Jangan tanya la berapa kali aku dah ulang tengok cerita ni. Sampaikan ada beberapa scene ataupun dialog memang aku dah hafal. Bagi aku sitcom ni lah yang terbaik penah dikeluarkan oleh mana mana production.
Friends bak kata dalam bahasa melayu ialah kawan. Korang semua ada kawan? mesti lah ada, kawan rapat, kawan jauh, setakat kawan aje, kawan atas kawan, kawan facebook, kawan twitter dan lain-lain lagi lah. Apa erti kawan bagi aku? Semestinya kawan di masa senang, di masa susah, di masa tenang, di masa tak tenang. Akan tetapi baikkah korang terhadap kawan korang ataupun baikkah kawan korang kepada korang? Kawan datang dan pergi tak kira masa, cepat mahupun lambat. Ikhlas ke kawan korang terhadap korang mahupun ikhlas ke korang terhadap kawan korang? Segala persoalan/pertanyaan hanya boleh dirungkai pada diri sendiri.
Aku ada banyak kawan "baik" dari kecil sampai lah sekarang ini, antara kekal berkawan mahupun tidak berkawan lagi. Dari kecil pelbagai kawan rapat aku ada. Kawan pergi sekolah sama-sama, kawan sepermainan dan kawan untuk bercerita. Kawan yang paling aku rapat sekali semasa kecil dahulu aku masih ingat nama-nama mereka iaitu Wan Affiz dan Kamarulzaidi. Kita bertiga memang tak leh di pisahkah. Ada aje program bersama untuk dilakukan sepanjang hari walaupun kami berbeza kelas. Ye ler, jiran tetangga. Tetapi setelah Wan telah berpindah, tinggal aku berdua dengan zaidi aje, akan tetapi kitaorg bertambah renggang apabila sangat berbeza kelas di sekolah menengah.
Bila di kolej pulak, aku sangkakan aku tidak akan dapat kawan, ialah sebab aku ni memilih kawan sikit, kalau ada aje tak kena aku "blah". Akan tetapi lain pulak jadinya, aku terlalu ramai kawan di masa kolej. Tah le tetibe "fames" semua orang nak berkawan rapat dengan aku hahahaha. Dan aku paling rapat dengan seorang kawan lelaki dan seorang kawan perempuan. Nama? Bairi dan Bina. Wah memang kitaorang rapat. Pada mulanya aku sangat-sangat rapat dengan Bina. Banyak "sharing" dengan dia, sampaikan kawan-kawan perempuan yang lain terasa bengkek bila aku kurang melayan. Yelah.. dengan bina aje yang aku lebih selesa untuk bercerita "detail". Tapi semasa di alam kolej, memang best sebab setiap hari aku di kelilingi oleh kawan yang sayangkan aku. Keakraban aku dengan bairi pula tidak boleh disangkal. Pergi sana sini, pergi main snooker sama-sama. Lepak berdua dekat kedai mamak sampai pagi. Pergi "travel" sana sini. Memang "kamching" gile lah. Akan tetapi sekarang tidak lagi. Ada la selisih faham antara kita berdua dan menyebabkan kita berdua tidak berkawan lagi. Masa dia kawin pun tak "invite" aku. Sedih? mesti ler, kawan rapat dahulu tidak "invite". Eh.. tak per.. aku dah lupakan pasal tu, asalkan dia bahagia la.
Rapat pulak gan seorang pengkid tak siap. kawan rapat gile. Semuanya buat "together2" sampaikan satu hari dia sendiri tikam aku dari belakang? Sebab? tak tahu le sebab apa dan aku tak akan tanya dan tiada jawapan. Sampai sekarang aku tak ada hubungi dia lagi. Tidak lah.... cukup lah.. sebab aku paling tak suka orang tikam aku dari belakang. Bukan setakat tikam sikit-sikit. Ni tikam "all out".
Berkawan pulak dengan pasangan ini. Baik gile jugak berkawan. Susah senang sama-sama renangi. Kalau tak makan aku belaja, mahupun dia. Akan tetapi disebabkan pasangan dia yang aku kurang berkenan. So putus lah kawan lagi. Tak pe.. janji kau bahagia. Sebab aku malas nak rungkai banyak-banyak kat sini sebab akan melukakan diaorang lagi. Tak apa, aku simpan sampai la mati. :)
Eh lupa, dalam masa tu aku ada ramai kawan lain, kawan baik ko... ye lah, bak kata "parent" aku, aku kalau berkawan mesti "all out" beria ria berkawan. Semuanya untuk kawan. Start kenal di internet, bukan sorang tapi beberapa lagi lah, ditubuhnya satu group. Apa dah jadi group tu? tak jadi apa, jadi kenangan aje ler. Sorang dah berjaya dengan kejaya dia kut, sorang lagi dah duduk jauh di sarawak sana, sorang lagi tah apa sewel dia aku pun kurang pasti.
Berkawan juga dengan si fai, kawan lama dalam facebook, kenal pun sebab kawan seberenang dulu. Mula-mula serius aku menyampah dengan dia ni. Posing sana sini "camwhore" leh kasi la title tu dekat dia. Akan tetapi dia baik sebenarnya. Tempat aku mengadu domba gak. Dia pun ada mengadu gan aku gak. Akhirnya kitaorang jumpa. First impression aku adalah, owh.. dia ni humble gak.. ingat jenis poyo. So aku teruskan berkawan dengan dia. Rapat lah kitaorang, kutuk mengutuk antara satu sama lain dekat facebook tu. Selepas tu aku gan fai, menjodohkan ler beberapa kawan yang kita kenal untuk pergi bercuti. Ramai la jugak. Alah kalau tengok posting aku sebelum ni mesti tau punya lah. Atas kegigihan aku gan fai kita pun satu kan lah mereka-mereka ni. Jalan yang di pilih untuk menyatukan mereka ternyata "success". Ialah sampai sekarang ni mereka berkawan. Rapat ke idak, tah ler. No UPDATE..
Akan tetapi............
Apa dah jadi antara aku gan fai dengan kawan-kawan itu? Bila sorang dah bergaduh disebabkan malas aku nak cite dekat sini. Yang lain-lain pulak macam lebih berkawan dengan sebelah lagi. Segala UPDATE lah diaorang tau. Aku dekat sini tercengang-cengang. Aku telah diceritakan oleh sorang kawan bahawa dia telah memberitahu pada mereka yang aku sakit beberapa bulan lepas. Dan dia juga agak terkejut dengan reaksi dia. Siap tanya.. "Betul ke dia sakit?" dan siap buat muka tak percaya. Bila di ceritakan dekat aku, "first" skali aku rasa adalah sedih ok. Kalau aku tidak sampaikan sendiri yang menyatakan aku sakit maknanya korang tak leh percaya yang aku sakit la? Mahu tak sedih, bila diaorang sakit dengan sapa diaorang mengadu? Aku gak.. eh eh.. terungkit lak? Memang harus aku ungkit. Macam ni aku dilayan bila aku sakit? Bila korang sakit, all out aku cuba dapatkan info. Tolong mana yang mampu untuk ditolong. Sampaikan kasi nama ubat segala bagai, siap suh orang buat referral letter la untuk korang. Tu belum aku nak ungkit tang private part lagi. Kenapa aku ungkit? sebab sorang pun tak ada tanya aku lansung betul ke aku sakit setelah orang lain sampaikan. Babi tak perangai? Ko baca ko sendiri tau betapa babinya perangai masing-masing.
Tu belum sudah lagi aku bitter...
bertambah bitter bila aku di ditched kan ari tu. Nampak macam remeh, akan tetapi korang bukan kat tempat aku ok! Sorang kawan aku contact, ialah la.. mulanya rindu la, dah lama tak jumpa. sampaikan aku cakap "aku dah lupa muka kau macam mana". Semasa itu aku berada di starbucks uptown. pukul 4ptg. aku bersama kawan aku dan disebabkan kawan aku tu nak pergi jumpa adiknya. aku pun mendapat idea bahawa aku nak pergi jumpa kawan sorang yang lama tak jumpa. Pada mulanya tak dapat confirmation dari dia, mengatakan ada perbincangan dengan keluarga. So aku cakap ok lah.. aku tunggu jawapan. Setelah tunggu selama 3 jam dia contact mengatakan dia nak pergi karaoke. Aku?? hah?? dia invite aku skali. Tetapi intention aku bukan nak pergi melalak di karaoke. Aku cuma hendak berjumpa berborak-borak. Dan sedia maklum yang aku dah duduk dekat Starbucks tu dekat 3jam dan tu jawapan dia? Dan kawan yang mengajak tu pun dah sedia maklum aku di sana. Boleh jugak nak teruskan pergi karaoke.. hadap sangat korang dengan karaoke itu berbanding nak jumpa aku? Sanggup tinggalkan aku duk dekat starbucks itu yang dah berjam-jam lamanya. Kalau boleh berfikiran normal dan kalau aku ditempat diaorang, aku tak akan pergi. Lain kali sila beritahu awal!. Kalau tak aku boleh balik lepak dekat rumah aje dari aku jadi orang bodoh menunggu. Kawan bukan sehari dua, kawan dah lama. Tapi kena ditched disebabkan karok yang ternyata tak menjadikan korang seorang penyanyi pun!.
Walaupun aku ada didalam group chat whatsapp itu, aku rasa macam sesuatu tak kena, setiap kali dahulunya aku memulakan perbincangan mesti sorang itu tak penah nak balas. Akan tetapi bila sorang tu bagi msg, laju dan sanggup buat apa aje tuk dia. Very good! you are such ass licker!.
Eh tertaip panjang lak. Kalau nak diceritakan a to z pun bagi aku dah tak ada gunanya lah. Aku senang aje, mungkin aku tidak berkawan lagi dengan mereka, so aku rasa diaorang happy kot. Dan tiada pentingnya lah nak ingat aku sorang dekat sini. Bak kata ah fai, kita berjaya menyatukan mereka walaupun akhirnya kita berdua yang ditinggalkan.
Berkawan biar beribu, biar ikhlas dan jujur. Bukan kawan untuk "fun" sahaja dan sila jangan jadi pondan bila ada benda yang tidak puas hati dengan aku. Dan jangan ingat karma tidak akan muncul. Their will eat u alive.