Happy Birthday to me?

Alamak datang lagi tarikh ni. Tiap-tiap tahun mesti datang. Tetapi aku bersyukur bahawa aku masih hidup dan berharap akan hidup lebih lama lagi. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi ucapan hari jadi melalui Facebook, sms, etc2. Setiap ucapan yang diberi sangat-sangat menggembirakan hati aku. Jatuh pada hari khamis bersamaa 10 march 2011. Tiada sambutan mahupun party2 yang dibuat. Hanya duduk di rumah selepas bersenam sakan di Taman tasik perdana. Cabaran untuk mengurangkan berat badan masih lagi dilakukan, walaupun cabarannya sangat mencabar. Terima kasih yang memberi sokongan untuk aku kembali "fit"

Pada hari sabtu aku telah merancang untuk berkaraoke dengan member-member untuk menyambut hari lahirku. Bangun agak lewat pada hari tersebut. Dekat pukul 11pg baru bangun, lalu membuat tempahan di Red Box The Curve untuk pukul 2.30ptg. Mula-mula kira-kira ramai la datang, akhirnya ramai yang "cancel" pada akhir minit. Tak pe la. Masing-masing ada hal kot. Tak amik pusing pun. 

Dah la sampai ke The Curve agak lambat. 2.40ptg baru sampai. Nasib baik irene dah sampai dulu. Kalau tak burn aje la tempahan aku tu. Dah la Redbox dekat The Curve ni manjang penuh, Maka kita bertiga bernyanyi la, Si fau cakap dia lambat. Ceh rupa-rupanya dia yang tolong belikan kek. Yahooooo kek Eskrem BaskinRobin. Wah sedap-sedap. Pandai si Fau pilih. Dengan bersambil berkaraoke kita orang berempat dengan gigih untuk menghabiskan kek tersebut. Kena habiskan sebab kek Eskrem. Mau cair!... Sejuk ok... best birthday cake!

Setelah abis berkaraoke, dan dah empat kali lagu anuar zain sedetik lebih di nyanyikan oleh kami semua, Kami singgah ke Sake Sushi, teman si Fau makan. Lepas tu pergi lepak dekat Q Bistro sampai pukul 11 malam. 

Walaupun bilangan yang menyambut hari jadiku semakin kurang tahun ni, walaupun berempat, tapi tetap meriah. Terima kasih.. Tahun depan... mari kita tengok...

Kek paling susah nak potong!!

Comments

  1. happy birthday abe ed. semoga panjang umur murah rezeki, bole banjer aku stabak k... jgn lupe

    ReplyDelete
  2. wow starbucks, sudah seminggu tidak minum starbucks!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie