Janda tu baik ker?

Rasanya 16hb jun ari tu, aku dan kawan-kawan berkesempatan untuk pergi mandi sungai. Sebenarnya aku bukan seorang yang gemar untuk mandi di sungai, sebab apa, sebab sejuk dan takut kencing tikus. Akan tetapi demi untuk melepak dengan kawan-kawan rapat, aku pergi jua. Ye ler, dah tak ada aktiviti nak di buat pada hari tersebut.

Pada asalnya hanya ingin pergi ke sungai komenwel yang berdekatan dengan sungai kanching. Tah apa apa nya sungai, geli lak nk mandi kat situ. Akan tetapi cadangan telah dikemukan untuk pergi ke Janda Baik. aku tak pernah pergi pun kat sana so rasa excited lah. Kami pergi berlima, menggunakan kereta fred dan crew-crewnya adalah fai, daus, ee dan aku.

Secara ringkasnya. keseronokkan bila bersama kawan yang "masuk sekali" amatlah seronok. Dengan aksi-aksi lompat dari atas batu ke dalam sungai yang agak dalam amat menyeronokkan. Setelah puas mandi manda, terjun menerjun, pastilah perut terasa lapar kan. Mula-mula ingin pergi makan burger bakar, terbantut sebab ramai org dan akhirnya makan di kedai biasa, tetapi ikannya sangat sedap. Walaupun ringkas riadah kami, tetapi ia tetap akan tersimpan seribu gambar didalam memori kami.

p/s tiada pic mandi kitaorang sebab masing-masing lupa untuk snap pic


Popular posts from this blog

Handmade Design Phone Case

AMG

She's all that / not another teen movie