Short and tired Part 1
Percutian yang tak dirancang awal. Rasanya kurang dari seminggu. Contact semua orang dan masing-masing setuju. Berusaha mendapatkan tempat penginapan yang selesa dan murah. Bukan senang sebab percutian ini bukan dirancang awal. Nasib baik adanya link di UPM. So aku dapat menempah satu rumah penginapan di Port Dickson. Port Dickson lagi.. tahun ni dah berapa kali pergi? Rasanya 3 kali dah. Itu aje tempat yang paling dekat untuk kitaorang bersantai bersama-sama.
Kami berlapan telah merancang untuk bertolak hari jumaat malam. Terbahagi kepada 3 buah kereta. Kereta pertama ialah bersama daus, ted dan muss. Aku drive dari tol sungai besi hingga ke P.D. Kereta lain bertolak lambat sebab ada kerja katanya. Fai, epul dan syah satu kereta dan last sekali ee yang bawak kete sorang-sorang sebab sudah berjanji untuk berkaroake dengan kawan-kawan dia.
Setelah aku drive sampai ke P.D .. menyusullah untuk aku mencari rumah penginapan kami. Sampai ke P.D dalam pukul 2205. Dah la tak tau mana tempatnya, dah cuba cari menggunakan google map, memang tak ada. So berpandukan ingatan aku, sebab aku pernah pergi rasanya masa 10thn lepas. Akhirnya kami dapat jalan masuk ke rumah penginapan itu. Pusat Sains Marin UPM, Port Dickson. Sampai ke guard, buat urusan kemasukkan dan guard tunjuk rumah tersebut. Gelap suasana kawasan tersebut, ted dan muss dah mula kejung. Takut yer.. Aku yang membuka rumah tersebut. Ya sangat sunyi sebab kelilingnya adalah hutan. Best oo.. boleh memekak tak mengganggu sesapa. Masuk kerumah, selesai segala benda seperti bukak lampu, on kan aircon. Rumah tersebut mempunyai ruang tamu termasuk sofa, dapur yang agak luas, 3 bilik dan dua bilik air.
Selepas check rumah, kami berempat keluar untuk makan. Nasib baik kedai makan sangat dekat. Setelah makan, fai sekereta sampai ke kawasan kedai makan. Setelah selesai makan, kami pulang kembali kerumah penginapan kami. Wah baru lah kecuh kawasan rumah itu, kalau tak kejung aje si ted dan muss. Tah apa yang diaorg seramkan. Setelah selesai memungkah barang, kami semua bersedia untuk ke pekan P.D dan ke teluk kemang. Dan siap-siap tukar pakaian masing-masing. Sementara menunggu tibanya ee, kitaorg pergi singgah ke karaoke. Idol karaoke katanya. Setelah ee sampai, kitaorg pergi la ke teluk kemang untuk mandi laut. Di ingatkan sekali lagi, kitaorang mandi laut pada pukul 2 pagi. Hahaha, gile... seronok lah mandi pagi2 macam ni. Tak ada orang dan sangat terkejut apabila tengok air sangat jernih, air pasang kan.. Setelah selesai mandi laut tak ingat, sampai pukul 430 kut, masing-masing lapar dan mahu makan di Mc Donald's di bandar P.D. Siap makan breakfast McD lagi. Lepak, borak-borak sampai pukul 540, so masing-masing dah mengantuk, kami pun pulang ke rumah penginapan. Tak cakap banyak, masing-masing ketiduran pada pukul 6pagi..
Gambar-gambar rumah penginapan..