Short and tired Part 2
Percutian singkat kami diteruskan dimulai dengan bangun tidur dengan cepat. Pukul 10 dah bangun. Kenapa bangun awal? Rumah penginapan yang kami menginap tu akan ada org lain yang akan masuk. So terpaksa la bangun lebih awal. Padahal masing-masing tidur dalam pukul 6pagi. So setelah bangun, aku ee dan epul pergi ke gerai makan untuk beli sarapan. Wah ee telah belanja kitaorg semua. Tq ee.
Setelah selesai bersarapan, masing-masing bersiap untuk check out. Setelah selesai keluar dari rumah penginapan, akan tetapi kitaorg tak ada arah tuju. Setelah berbincang dengan fai (aku naik kereta fai masa itu), dia mencadangkan untuk pergi ke Melaka. Ya dia mencadangkan untuk pergi ke Melaka Wonderland. Taman tema air yang agak baru dibuka untuk orang ramai. Perjalanan diteruskan dengan tiga buah jenis kereta. Setelah sampai kedestinasi, kami membeli tiket lalu masuk. Kadar bayaran untuk dewasa adalah RM30.
Ok lah, sakan gak la main permainan dalam tu, sampai ada yang sakit sakit badan, penat sakan sebab kena naik bukit, dan paling banyak kitaorg main adalah Kamikaze Slides, ala yang lepas ramai2 tu. Boleh lihat di link tersebut Melaka Wonderland .
Setelah penat bermain sakan disana, apa lagi, perut pun lapar ler, bercadang untuk makan malam terus di umbai, akan tetapi terlalu awal sebab baru pukul 4 ptg. So perjalanan kami diteruskan untuk pergi mengalas perut. Kami singgah warong di tepi jalan aje. So ada yang makan mee kari, kueh cucur udang dan lain-lain.
Selepas selesai makan dan berehat ( tak ada la berehat mana pun, masing-masing muka penat dan mengantuk ada ler ) kami meneruskan perjalan kami untuk ke umbai. Akan tetapi fai yang mengikut dari belakang telah tertinggal. ( aku didalam kereta daus ) kami telah berkumpul di menara taming sari. Ok untuk maklumat semua, melaka memang sesak, dengan jem sana sini. Kami meneruskan perjalanan ke Umbai. Dan sekali lagi, untuk maklumat semua, gerai-gerai di umbai itu sangat ramai orgnya!. Setelah selesai memilih, mengorder dan makan, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL. Terbayang betapa jauhnya nak balik KL ( kalau tak penat, rasa dekat aje ). Masing-masing mengikut arah sendiri, dan sampai kedestinasi pada pukul 12 malam.
Dari apa yang aku perhatikan, percutian singkat ini memang memenatkan, sekurang kurangnya kena tinggal dalam 3hari 2mlm. Ini kerana, bila dah ramai-ramai ni, masing-masing dah nak bercerita, ye le, bukan selalu dapat bercuti beramai-ramai. Apabila diingatkan kembali, seperti biasa, setiap percutian kami akan meninggalkan pelbagai memori untuk dikenang pada hari kemudian.