Setiap 17 ogos
Salam 17 Ogos 2021, hari ini genap 4 tahun Ekin tinggalkan kita semua, perasaan sedih memang sentiasa ada, tapi setiap kali aku teringat kau Ekin, mesti aku doakan yang terbaik untuk engkau disana dan kekadang aku senyum bila teringat kisah-kisah lama kita berkawan. Untuk pengetahuan semua, kawan ku sorang ini lah yang selalu bagi kata-kata semangat, menyokong apa segala yang aku buat. Sampaikan ada satu masa tu, bagi dia aku ni ala ala "the best" kawan yang dia ada contohnya aku la yang terpaling pandai, terpaling ensem, terpaling hormat orang tua, yang terpaling pandai bawak diri, segala pujian tu datang dari dia ya. Bila dia jumpa kawan lain yang aku tak kenal, mesti dia cakap dia ada sorang kawan lelaki yang terpaling terpaling yang dia labelkan dekat aku. Yang penting memang ikhlas dari dia, sebab aku penah bertanya kepada dia, betul ke apa yang ko cakapkan tu Ekin. ko ni kekadang buat idung aku lebih kembang dari biasa. Dia cakap betul. Sumpah.. aku ingat gaya sumpah dia tu. Keikhlasan bila dia label kan aku macam tu membuatkan aku gembira la. Akan tetapi benda tu tak panjang kan. Aku dah tak ada kawan yang label kan aku macam tu lagi. Walaupun label tu hanya sebagai kata-kata gembira untuk diri aku. Ekin walaupun dah 4 tahun ko tinggalkan kitaorang semua, segala benda yang penah belaku dahulu selalu membuatkan aku gan kawan-kawan kau gembira. Diaorang rindukan cara engkau ketawa, cara engkau bergurau. Memang tiada ganti.. Salam rindu aku dekat kau Raja Nurasyikin Binti Raja Sulaiman. Tak pernah tak rindu dekat engkau. Al-Fatihah.
Comments
Post a Comment