Rumah baru 2022
Pelbagai bentuk dan jenis rumah yang sedang dipikirkan. Sama ada nak beli rumah landed ataupun Condo untuk tahun 2022. Lokasi yang dipilih untuk kali ini ialah sepanjang jalan Ampang, KL. Sejujurnya kalau rezeki ada memang plan nak pindah tahun 2022 dari Selayang. Dah duduk Selayang dari tahun 2010. Di ikutkan memang sayang nak pindah, ialah sebab dah lama dekat sini, dah tahu selok belok kawasan sini, mana nak beli makanan, mana nak beli barang-barang dapur, mana nak mengeteh ataupun nak pekena ikan siakap 3 rasa. So aku attached sekali floor plan bagi rumah yang aku target akan duduk. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah..
Comments
Post a Comment