Posts

Showing posts from December, 2010

Bruno Mars dengan?...

Image
Sejak kali pertama aku tengok dia ni dalam vid clip billionaire aku dapat merasakan sesuatu. Bruno Mars ni ada adik beradik di Malaysia ker.. muka dia seakan-akan mempunyai adik-beradik ataupun sedara mara dekat sini. Diakui lagu-lagu dalam album Doo-Wops & Hooligans sangat bagus. Akhirnya setelah melihat vid clip Grenade aku dah mendapat jawapan yang aku tercari-cari sebelum ini. Meh kita tengok apa dia. Lebih kurang tak? rasanya mereka bukan adik beradik mahupun saudara mara. huhuhu... apa apa pun mereka berdua ni sangat berbakat dalam dunia seni ni. 10)

Peminat cerita Kartun?

Image
Seperti mana yang kita ketahui, pelbagai jenis movie telah disajikan kepada kita sepanjang hidup kita. Jika dilihat dan diperhatikan, ramai diantara kita gemarkan menontong cerita kartun. Pelbagai karektor yang ditonjolkan oleh setiap movie kartun. Dari yang tak berapa comel sehingga dari yang sangat comel. Disini aku ingin meleraikan pelbagai jenis kartun yang aku rasa karektor-karektornya sangat comel. Mari kita kongsi bersama dengan pilihan masing-masing. Dengan itu akan akan senarai pendek movie kartun mengikut populariti mahupun yang mencapai standard Box Office.   Monsters Inc Siapa yang tak boleh lupakan kartun Monsters Inc ni. Salah satu kartun yang terkenal pada masa dulu. Watak-watak dalam Monster Inc ni juga sangat menarik. Boo.. Kung fu Panda Rasanya ramai yang mengemari kartun ni. Po panda yang gemuk. Teringat masa dia kena buli. Penat tengok si Po ni panjat tangga. Up  Masih ingat lagi cerita kartun Up? Ditayangkan pada tahun 2009. Cerita yang yang ...

Cara melihat Jin/Hantu/Syaitan

Image
Aku dapat info ni dari www.cari.com.my Berikut adalah beberapa cara untuk kita melihat Jin/Hantu/Syaitan walau dengan seimbas bayanganya. Namun semuanya hanya dengan izin Allah s.w.t... Nasihat: -Jangan sesekali cuba jika lemah semangat/sakit jantung. -Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda. -Jangan sesekali menggunakan air mata anjing untuk aktiviti ini kerana ia adalah haram. -Jangan lakukan jika berseorangan. -Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan. -Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri. -Tidak digalakkan untuk mereka yang berumur bawah 16tahun dan kurang faham atau kurang mahir dalam membaca. Cara Pertama: -Berdiri dan menghadap kiblat.. -Rehatkan badan dan segala anggota - biarkan lemah.. -Selawat 3x -Kosongkan minda dengan cara menumpukan pada bahagian tengah kening baca surah al-fatihah dengan berulang2 sehingga 7x.. -Pastikan akan mera...

Hari minggu yang menarik

Image
Hari minggu, hari minggu, apa yang hendak dibuat. Pada mulanya aku gan kawan aku bersemangat hendak pergi majlis perkahwinan adik pada kawan ku. Yang menjadi bahan ketawa nyer kitaorg boleh tersalah tarikh pulak, dah separuh jalan dah pun. hahaha.. hari sabtu hari akad nikah, omaigod.. nasib baik tak sampai. Selepas tak menjadi untuk makan nasi minyak kitaorang pun mati akal. Lalu berpakat untuk pergi membeli DVD cet rom.  Dengan gigihnya kami telah membeli 4 keping DVD cet rom, 2 dapat free.  1) Despicable Me 2) Death Place (cerita seram thailand) 3) Wall Street Money Never Sleep 4) The Social Network 5) Love & Distrust 6) Hostel Setelah sampai ke rumah, dengan bertemankan pisang goreng dan keledek goreng, kitaorang menonton cerita Hostel. ahh... kejam sungguh cerita tersebut!. Potong sana potong sini. Memang tak sesuai untuk ditonton oleh budak kecik mahupun budak besar. Besar? Alamak terasa aku. Di ikuti pulak cerita Despicable Me, wah best-be...

Guna Mata bukan KAKI

Image
 Setelah meneliti beberapa status yang memprovokasi aku, menghina aku, dan marah-marah gan aku disebabkan posting yang ketiga (Salah Fashion). Bagi aku, aku xmenunjukkan provokasi terhadap pemilik gambar tersebut mahupun kawan-kawannya juga. Kenapa mahu melenting dan mengatakan aku mengumpat mengenai beliau? Itu la orang di Malaysia ni, terutama bangsa Melayu. Cepat melenting, manja dari segala segi. Kenapa tak membacanya menggunakan Mata? Status korang yang memprovokasi aku tu menunjukkan yang korang membaca dengan menggunakan kaki. Ini salah satu status memaki aku, dan mari kita saksikan tahap mentaliti beliau memaki aku.  "geram tol la aku..aku x kaco kau.ko sbuk2 nk ganggu idp aku an..aku bkn add ko pn as a friend yg ko duk sbuk tgk profile aku pas 2 amik gamba aku ltak kt blog ko asl.ko da gle sgt ke kt aku.ke da xde kje.mmg la xde kje.umur da la tua.ape pn xde lg.malu la skit oii umur da tua tp xde pape lg yg nk d bangekn.plsss...cermin dri 2 dlu k kalo perfe...

Cendol yang beracun

Image
Sedang aku memandu untuk mengisi minyak beberapa hari lepas, dan seperti biasa, berkaroke didalam kereta. Lagu ape ek masa tu. Rasanya lagu-lagu Bruno Mars. Tgh nyanyi lagu Count On Me rasanya. Sambil tgh nak tarik tetibe mata aku tertarik pulak dekat satu pokok ni. Eh macam ada sesuatu je kat pokok ni. Eh eh.. racun? beracun ker? terkena racun ker? lalu aku berhenti di tepi jalan lalu baca balik papan yang di sangkut dekat pokok ditepi jalan tersebut. Aku keliru, aku keliru, lalu aku tergelak. Gelak sorang-sorang macam orang sewel. Pastu aku pun snap la pic tersebut untuk tatapan para follower aku. Meh aku kongsi gambar tersebut. Sapa nak cuba, cuba ler. Mana tau sedap sangat ke. Kalau terselamat, aku cuba pulak. Sapa yang penah cuba, cuba korang bagitau, sodap ke idak.. Aku tak cuba lagi cendol tersebut. Jumpa dianyer signage aje 5)

Tersalah Sound!!

Image
Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk Ajoi: Selamat pagi doktor… Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?   Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.   Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?   Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok.   Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?   Ajoi: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.   Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ? cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)… sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)....   Ajoi: Doktor tak merokokkan?   Doktor: ooh..tentu tidak (denga...

Salah Fashion?

Image
   Pada hari yang aman, saje membelek2 facebook, tetibe aku terbaca salah satu dari list fren aku mengatakan sesuatu dekat seorang budak lelaki ni. Lama aku amati gambar profile budak lelaki tersebut. Owh.. pergi jalan-jalan or picnic kot dekat P.D. Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku tetarik. Puas aku belek-belek. Owh rupanya dak lelaki ni terlebih sudah berfasionita dekat P.D.  My bad kalau aku rasa mmg xsesuai pun berpakaian macam tu. Bukan sepatutnya kalu kita ke pantai, pulau dan sebagainya, kita lebih bersantai. aku kalu bole nk telanjang dah lama aku telanjang hahaha.. Bukan ala ala nk pergi clubbing. Xda pun clubbing kat P.D tu dik oi.. Bak kata orang, selagi baju tu berjenama, tak akan le kita nak bawak or pakai kehulu hilir, Ingat cuaca dekat P.D tu sejuk ka? Adakah semata-mata jenama kita perlu lupe bila kita nk pakai baju tersebut. Aku ni bukan le gemar sangat nk berfashion, tp secara logicnya kan ler.. betul apa yang aku cakapkan ni.. Xpanas ke dik oi? ...

Urut (Massage)

Image
Sedang berjalan jalan sambil menyanyi di dalam kereta, tetiba aku terasa ingin mengentry kan pasal urut mengurut ni. Sangat menarik perhatian dan sambil tu tertanya tanya waa.. ada gak urut jenis ni. Mengikut pandangan aku gan pandangan kawan kawan aku, company ni mesti sama aje. Meh kita tengok urutan2 yang aku sempat snap.  1) Urutan Gunung Berapi (volcano massage)    - Gambar ni aku snap masa tengah jem dekat bawah flyover duke dari keramat, sambil-sambil tensen dgn jem yang tak bergerak-gerak aku pun menoleh kiri kanan tengok orang sambil buat muka macho sambil hisap rokok dunhill aku, tetibe mata aku tetumpu kat dinding flyover yang berada betul-betul sebelah aku. Mak ai.. mcm ni pun ada? sambil tu aku tergelak2 sakan. Aku amik hp lalu snap gambar tersebut. Meh kita saksikan ape dia.. hahaha     Wow volcano massage, ni massage guna lava ker? or tukang urut tu mempunyai volcano yang besar? 2) Urutan Madu ( Honey Massage) - Pada satu ketika semasa...

Launching for new Blog

Image
Selamat Datang ke blog Dunhill guy, Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana singgah di blog saya. Dengan pertolongan Encik Apiz (salah satu follower setia) maka tercipta la satu blog baru untuk diri saya malah untuk tatapan semua.  Sambil tersenyum riang dan cover macho dengan ini saya merasmikan  http://dunhillguy.blogspot.com pada Hari Rabu bersamaan  1 December 2010 sebagai tarikh perasmian blog ini. Segala pandangan, pendapat, maklum balas, amat saya hargai. Coretan hasil taipan ialah mengikut peredaran hidup saya sebagai Ed Eron. Saya ingin berkongsi dengan anda semua. Terima Kasih.  potong riben                    (1)