Hari minggu yang menarik
Hari minggu, hari minggu, apa yang hendak dibuat. Pada mulanya aku gan kawan aku bersemangat hendak pergi majlis perkahwinan adik pada kawan ku. Yang menjadi bahan ketawa nyer kitaorg boleh tersalah tarikh pulak, dah separuh jalan dah pun. hahaha.. hari sabtu hari akad nikah, omaigod.. nasib baik tak sampai. Selepas tak menjadi untuk makan nasi minyak kitaorang pun mati akal. Lalu berpakat untuk pergi membeli DVD cet rom.
Dengan gigihnya kami telah membeli 4 keping DVD cet rom, 2 dapat free.
1) Despicable Me |
2) Death Place (cerita seram thailand) |
3) Wall Street Money Never Sleep |
4) The Social Network |
5) Love & Distrust |
6) Hostel |
Setelah sampai ke rumah, dengan bertemankan pisang goreng dan keledek goreng, kitaorang menonton cerita Hostel. ahh... kejam sungguh cerita tersebut!. Potong sana potong sini. Memang tak sesuai untuk ditonton oleh budak kecik mahupun budak besar. Besar? Alamak terasa aku. Di ikuti pulak cerita Despicable Me, wah best-best cerita kartun ni. Comey watak agnes. Dan di akhiri gan cerita seram thailand Death Place. Ahh... kenapa suka sangat tengok cerita Hantu ni! Tapi ending cerita tu kitaorang gelak sakan. Piggy tul! Tu la aktiviti pada hari sabtu. Hari Menonton DVD.
Hari Ahad pulak, setelah bersemangat hendak pergi kenduri kawin yang semalam tu salah tarikh akhirnya tersangkut dalam jem. AHHH banyak jalan ditutup. Riot kot! Dalam banyak-banyak hari kenapa pulak mahu buat riot hari ahad ni!. Kitaorang nak pergi makan kenduri ok!! akhirnya sampai la gak walaupun majlis dah abis, tapi makanan masih ada lagi. Cantik pasangan tersebut. Wah majlis tip top punyer. Selesai saje makan, kawan ajak untuk pergi ke airport nak hantar sorang kawan dari korea.
Setiba sahaja ke KLIA terus amik boarding pass. Pastu kitaorang pergi ke Burger King. Eh lupa lak nak kasi tahu. Nama minah dari korea tu Paula. Dia banjer kitaorang. Lepas sahaja lepak kat Burger King, kitaorang lepak pulak dekat satu kedai yang ada teh tarik. Wah rancak betul berborak gan minah korea ni. Banyak yang dia ajar bahasa korea, alamak aku dah jadi ikan emas!! tak ingat ape dia yang dia ajarkan tu. Apa-apa pun seronok la lepak gan diaorang ni.
Masa dah menunjukkan pukul 10malam. Jadi kita pun bersiap sedia untuk hantar paula ke balai belepas. Wah sempat kitaorang melambai-lambai, paula pun gigih membalas lambai. Siap cakap Sarang ape tah. Walaupun perkenalan yang sangat sangat singkat, aku tetap terasa sebak. Yelah aku tak suka nak mengucapkan selamat tinggal pada sesiapa pun. Lepas aje paula lepas dari immigration sambil melambai buat kali terakhir, terus kitaorang berangan-angan untuk pergi ke korea! nanti aku postkan gambar-gambar sebab gambar ada dekat Ipod member aku. Annyeonghi gyeseyo.. Dasi boja!!!
wah...Dunhill guy dah memBlog...lol! bagus lah...ada geng!
ReplyDeletesalam tuan dunhill guy : owh... itu sebab le ko ade kat KLIA yer semalam. sori lambat balas msg ko... dalam panggung lah...
ReplyDeletewah kong melawat blog ku. ya ya... i will follow u kong.... thanx
ReplyDeletewow encik apiz.. xpe xpe...