2

Friday, December 3, 2010

Cendol yang beracun


Sedang aku memandu untuk mengisi minyak beberapa hari lepas, dan seperti biasa, berkaroke didalam kereta. Lagu ape ek masa tu. Rasanya lagu-lagu Bruno Mars. Tgh nyanyi lagu Count On Me rasanya. Sambil tgh nak tarik tetibe mata aku tertarik pulak dekat satu pokok ni. Eh macam ada sesuatu je kat pokok ni. Eh eh.. racun? beracun ker? terkena racun ker? lalu aku berhenti di tepi jalan lalu baca balik papan yang di sangkut dekat pokok ditepi jalan tersebut. Aku keliru, aku keliru, lalu aku tergelak. Gelak sorang-sorang macam orang sewel. Pastu aku pun snap la pic tersebut untuk tatapan para follower aku. Meh aku kongsi gambar tersebut. Sapa nak cuba, cuba ler. Mana tau sedap sangat ke. Kalau terselamat, aku cuba pulak. Sapa yang penah cuba, cuba korang bagitau, sodap ke idak..
Aku tak cuba lagi cendol tersebut. Jumpa dianyer signage aje
5)

Post Comment