2

Wednesday, December 1, 2010

Urut (Massage)

Sedang berjalan jalan sambil menyanyi di dalam kereta, tetiba aku terasa ingin mengentry kan pasal urut mengurut ni. Sangat menarik perhatian dan sambil tu tertanya tanya waa.. ada gak urut jenis ni. Mengikut pandangan aku gan pandangan kawan kawan aku, company ni mesti sama aje. Meh kita tengok urutan2 yang aku sempat snap. 


1) Urutan Gunung Berapi (volcano massage)
   - Gambar ni aku snap masa tengah jem dekat bawah flyover duke dari keramat, sambil-sambil tensen dgn jem yang tak bergerak-gerak aku pun menoleh kiri kanan tengok orang sambil buat muka macho sambil hisap rokok dunhill aku, tetibe mata aku tetumpu kat dinding flyover yang berada betul-betul sebelah aku. Mak ai.. mcm ni pun ada? sambil tu aku tergelak2 sakan. Aku amik hp lalu snap gambar tersebut. Meh kita saksikan ape dia.. hahaha
  


Wow volcano massage, ni massage guna lava ker? or tukang urut tu mempunyai volcano yang besar?



2) Urutan Madu ( Honey Massage)
- Pada satu ketika semasa aku mau pergi berenang, dengan penuh semangat kesukanan dan semangat untuk menguruskan badan tetibe aku jumpe lagi satu iklan urut. Dalam hati aku mengumpat ngumpat "wah menarik ni" lalu aku berhentikan kereta tepi jalan lalu snap gambar tersebut. Hmm Honey massage, honey tu madu or nama tukang urut tu honey? kalu gunakan honey untuk mengurut, honey ape yang digunakan? Brazilian honey? Australian Honey or Madu kampung aje? confuse2 aku. Meh saksikan pic yang aku snap. sory la kualiti kureng sikit sebab ada satu makcik tu tgk aku duk tengah2 jalan. lalu aku snap tu cepat2 aje.
Common honey, give me more honey.. hahaha

3) Urutan Keju ( Cheese Massage)
- Masa ni aku snap dekat mana ek. rasa macam terlupa lak dimana aku snap pic ni. Mesti aku tgh berkobar-kobar berkaroke didalam kereta sama ni sampai aku terlupe. Ni urutan keju, Aku pun tak pasti diaorg guna keju jenis ape. Cuba la korang contact number di atas, pastu korang bagitau dekat aku yang diaorg ni guna keju jenis ape.
Blue cheese ade?
Kepada sesiapa yang berminat nk di urut dengan pelbagai nama yang aku pamirkan di atas, sila la contact nombor-nombor yang telah disediakan. Pastu korang kongsi le pengalaman korang kat sini. Tp jangan menyesal... muahaha



2)

Post Comment